Mohd Nor Azan Abdullah and Musirin Mosin (2018) Pengaruh Leksis Peripheral Sanskrit dalam Bahasa Dusun. JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH, 5. pp. 103-112. ISSN 2289-8042
|
Text
Pengaruh Leksis Peripheral Sanskrit dalam Bahasa Dusun.pdf Download (40kB) | Preview |
Abstract
Bahasa Dusun merupakan di antara bahasa etnik yang utama di negeri Sabah. Kini ianyabukan sahaja dituturkan oleh etnik Dusun malah masyarakat daripada etnik lain jugamempelajari dan menuturkan bahasa ini. Kajian ini memfokus kepada penelitian pengaruhbahasa Sanskrit ke atas leksis bahasa Dusun. Penulis akan meneliti leksis bahasa Dusun danmenyenaraikan kosa kata Sanskrit yang diserapkan ke dalam bahasa Dusun. Penulis jugaakan membicarakan bagaimana pengaruh bahasa Sanskrit wujud dalam kalanganmasyarakat Dusun serta perubahan fonem dalam leksis Sanskrit setelah kosa kata tersebutditerima pakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Dusun. Penulis dalam kajiannyamendapati kosa kata serapan leksis Sanskrit yang sering digunakan sahaja disenaraikandalam kamus << Kadazan Dusun Malay – English >>, contohnya leksis “ basa’ (Dusun),baca (Melayu) adalah serapan daripada leksis Sanskrit ‘Vaca’. Terdapat juga beberapa kosakata dalam bahasa Dusun yang berasal daripada serapan leksis Sanskrit tidak disenaraikanke dalam kamus tersebut akan tetapi digunakan dalam komunikasi harian dikalanganmasyarakat Dusun. Contohnya perkataan ‘Agama’ adalah kosa kata pinjaman penuhdaripada leksis Sanskrit. Kajian ini tertumpu kepada beberapa contoh leksis Sanskrit yangdiasimilasi ke dalam bahasa Dusun. Metodologi kajian ialah kajian perpustakaan denganmerujuk buku-buku atau dokumen tatabahasa yang berkaitan. Kaedah temu bual jugadigunakan untuk mengesahkan penggunaan kata serapan Sanskrit ke dalam bahasa Dusunyang tidak didokumentasikan tetapi digunakan dalam komunikasi harian masyarakat Dusun.Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pengaruh langsung daripada leksis Melayu ke dalambahasa Dusun yang telah sedia mengadaptasi leksis Sanskrit. Ini kerana keseluruhan alamMelayu merupakan kawasan penyebaran bahasa Melayu sebagai lingua franca. Rumusankajian menunjukkan bahasa Dusun yang merupakan bahasa yang letaknya dalam rumpunAustronesia, merupakan bahasa yang hidup dan fleksibel serta dapat menerima kata serapanyang datang daripada keluarga bahasa lain. Penyerapan leksis bahasa Sanskrit bukansahaja memperkayakan lagi kosa kata bahasa Dusun malah menjadikannya sebagai bahasaberilmu yang setara dengan bahasa-bahasa utama di dunia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Influence, Peripheral, Sanskrit, Language, Dusun. |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 30 Apr 2019 15:10 |
Last Modified: | 30 Apr 2019 15:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21886 |
Actions (login required)
View Item |