Dinamika elektoral yang mempengaruhi masyarakat Dusun Kimaragang di Dun Tandek dalam pilihan raya dun Sabah pada era United Sabah National Organisation (Usno) dan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya): 1967 – 1982

Manual Damilan and Lai, Yew Meng and Maureen De Silva (2018) Dinamika elektoral yang mempengaruhi masyarakat Dusun Kimaragang di Dun Tandek dalam pilihan raya dun Sabah pada era United Sabah National Organisation (Usno) dan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya): 1967 – 1982. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 27. pp. 209-222. ISSN 2590-4086

[img]
Preview
Text
Dinamika elektoral yang mempengaruhi masyarakat Dusun Kimaragang di Dun Tandek dalam pilihan raya dun Sabah pada era United Sabah National Organisation.pdf

Download (45kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan dinamika elektoral yang mempengaruhi gelombang sentimen dan pilihan politik masyarakat Dusun Kimaragangsemasa Pilihan Raya DUN Sabah 1967 hingga 1982, iaitu semasa era pentadbiran United Sabah National Organisation (USNO) dan PartiBersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Ramai penulis dan pengkaji mendakwa bahawa senario politik Malaysia khususnya di Sabah sejak dahulu adalah berasaskan dinamika primordial, iaitu sentimen kuat yangtidak dapat dielakkan dan berkait dengan persamaan ciri sosial manusiaseperti agama, etnik, puak, bahasa, kekeluargaan dan sebagainya (Loh,2009; xii). Senario ini telah menyebabkan kebanyakan parti politik cenderung meletakkan calon yang memiliki banyak persamaan dari segi etnik dan agama dengan pengundi di satu-satu kawasan. Walaupun begitu,kemenangan calon bukan Kimaragang (Pilihan Raya 1967 dan 1981) dan kemenangan calon beragama Islam pada tahun 1971 dan 1982 di kawasan Tandek membuktikan bahawa dinamika primordial bukanlah satu-satunyadinamika yang mempengaruhi sentimen dan keputusan politik masyarakat Dusun Kimaragang. Sebaliknya, terdapat juga dinamika-dinamika lain yang turut terlibat. Justeru, berpandukan kepada pendekatan kualitatif, kajian akan melihat sejauhmana dinamika primordial mempengaruhi sentimen politik masyarakat Dusun Kimaragang di kawasan DUN Tandek dari tahun1967 hingga 1982.

Item Type: Article
Keyword: Electoral dynamics, Sabah State Assembly election, Tandek State Constituency, Sabah political history, Dusun Kimaragang community, Kota Marudu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
J Political Science > JF Political institutions and public administration
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 07 May 2019 08:28
Last Modified: 07 May 2019 08:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21897

Actions (login required)

View Item View Item