Mohd Jirey Kumalah and Gusni Saat and Jabil Mapjabil and Rosazman Hussin and Teuku Afrizal and Mustapa Abu Talip (2015) Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah (Local knowledge and its potential as a community-based tourism attraction: The case of the Bajau Ubian Community in Mantanani Island, Sabah). Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12).
|
Text
Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti.pdf Download (127kB) | Preview |
Abstract
Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing, antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Bajau Ubian, island community, local knowledge, loal culture, native arts, sustainable tourism |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | OTHMAN HJ RAWI - |
Date Deposited: | 11 Jun 2019 14:10 |
Last Modified: | 11 Jun 2019 14:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22165 |
Actions (login required)
View Item |