Norzihan Ayub and Rohany Nasir and Mohd Suhaimi Mohamad and Nor Ba’yah Abdul Kadir (2016) Keberkesanan Kaunseling Kelompok Tingkah Laku Kognitif Terhadap Kemarahan Dan Agresif Dalam Kalangan Banduan Penjara Lelaki. Jurnal Psikologi Malaysia, 30 (1). pp. 40-51. ISSN 2289-8174
|
Text
Keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki.pdf Download (129kB) | Preview |
|
|
Text
KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK TINGKAH LAKU KOGNITIF TERHADAP KEMARAHAN DAN AGRESIF DALAM KALANGAN BANDUAN PENJARA.pdf Download (321kB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaunseling kelompok tingkah laku kognitif terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan banduan penjara lelaki di penjara Malaysia. Seramai 40 orang banduan penjara lelaki terlibat dalam kajian ini. Subjek diagihkan kepada kelompok rawatan (N=20) dan kelompok kawalan (N=20) melalui kaedah persampelan bertujuan. Subjek kemudian dibahagikan kepada kelompok kecil (dua kelompok rawatan) dan (dua kelompok kawalan) yang mana setiap kelompok terdiri daripada 10 orang banduan penjara. Kelompok rawatan telah menjalani proses kaunseling kelompok sebanyak lapan sesi. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada StateTrait Anger Expression Inventory2 (STAXI2) dan Aggression Questionnaire (AQ) yang digunakan untuk mengukur emosi kemarahan dan tingkah laku agresif. Data telah dianalisis dengan menggunakan analysis of covariance(ANCOVA) pada nilai aras kesignifikanan 0.05. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada skala STAXI-2 iaitu keadaan kemarahan, tret kemarahan dan peluahan kemarahan luaran di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Walaubagaimanapun keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan pada skala peluahan kemarahan dalaman, kawalan kemarahan luaran dan kawalan kemarahan dalaman di antara kedua-dua kelompok tersebut. Keputusan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min ujian pra dan min ujian pos pada agresif di antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Beberapa implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan turut dikemukakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Cognitive behavioural group counselling, Prisoners, Anger, Aggression, Kaunseling kelompok tingkah laku kognitif, Banduan, Emosi kemarahan, Tingkah laku agresif |
Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | OTHMAN HJ RAWI - |
Date Deposited: | 11 Jun 2019 14:11 |
Last Modified: | 28 Dec 2020 13:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22166 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |