Pranchis Andin (2018) Kajian penerimaan modul latihan berasaskan model penerimaan teknologi (Technology Acceptance Model) dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Keningau. Doctoral thesis, University Malaysia Sabah.
|
Text
kajian penerimaan modul.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian pada tahun 2010-2015 mendapati penggunaan dan penerimaan teknologi ICT di sekolah adalah terhad. Walaupun ICT digunakan semasa pengajaran,dalam kebanyakan kes penggunaannya masih belum menjangkau penggunaan aplikasi yang maksimum. Alasan yang diberikan ialah modul dan perkakasan yang disediakan tidak disertakan dengan latihan, malah penyediaan latihan dan sokongan lazimnya tidak berterusan dan berkekalan. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan Teknologi dalam kalangan guru-guru di 72 buah sekolah rendah di daerah Keningau sebagai lokasi kajian denganj umlah Populasi1 ,873 guru dan jumlah persampelans ecarar awak seramai 322 orang. Aspek Teknologi Latihan Berbantukan Komputer adalah merujuk kepada Lathan Literasi Microsoft Word (Mail Merge),M icrosoft Excel (Penerbitan Atas Meja), Microsoft Powerpoint (Penghasilan Bahan Persembahan) dan Internet ( Pembinaan Blog ). Penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan melalui instrumen soalselidikd engan nilai kebolehpercayaan= >0.6. Data yang diperolehi daripada soal selidik adaptasi daripada Model TAM dengan aras kesignifikan >0.05 dan dapatan daripada temubual tertutup (objektif) sebagai triangulasi data analisis daripada instrumen soal selidik. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSSfo r WindowsV ersi2 1. AnalisisD eskriptif ( Min ), Univariat( ujian t, Anova satu hala ), pelbagai variat (korelasi pearson) dan Regresi Linear digunakan untuk menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh yang sederhana perilaku niat menggunakan (BIU) dengan PenggunaanS ebenar( ASU)r =. 539 , p<0.05, R2=2. 90,p <.0 5, dan Persepsi Mudahd igunakan(PEU)d enganS ikapK e arah Penggunaan(A TU),r =. 364, p<0.05, R2=. 133, p<. 05. Secara keseluruhannya, kajian ini telah memudahcara aplikasi Modul LBK dalam menghasilkan bahan latihan yang berguna untuk guru mengaplikasikand i sekolah, seterusnya memartabatkanl agi profesion perguruan dalam menyahut cabaran pendidikan abad ke-21. Kajian lebih lanjut berkaitan penerimaanb oleh dijalankanm enggunakanm odel penerimaante knologiy ang lain.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Penerimaan, Teknologi Modul LBK , Model TAM , Model ADDIE |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 12 Jul 2019 15:24 |
Last Modified: | 12 Jul 2019 15:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22634 |
Actions (login required)
View Item |