Ismail Ali and Mosli Tarsat and Yusten Karulus and Hin Min Chiam and Tah Kong (2011) Sejarah & Pembudayaan Perahu Warisan di Sabah. (Unpublished)
|
Text
Sejarah & Pembudayaan Perahu Warisan di Sabah.pdf Download (350kB) | Preview |
Abstract
Kajian dan penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis perahu kayu dan papan yang pernah dihasilkan dan dibudayakan oleh komuniti pelaut di Sabah yang boleh diklasifikasikan dan dimertabatkan sebagai perahu warisan. Berdasarkan kepada sejarah peradaban maritim di Sabah menunjukkan pembuatan dan pembudayaan perahu secara tersusun dan terancang telah wujud sejak pemerintahan Kesultanan Sulu lagi pada abad ke-18. Antara nama-nama perahu milik para pembesar Tausug yang telah mengukir nama pada era terse but termasuklah barangayan, korakora, garay, joangga dan lain-lain lagi. Apabila Sabah mula ditadbir oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1881, perahu-perahu tersebut nampaknya telah lenyap dari perairan Sabah dan mula digantikan dengan perahu seperti jungkung milik kaum Bugis dan perahu lepa, lamak, boggo, sappit di pantai timur Sabah dan perahu timbawan dan biruk di pantai barat Sabah milik kaum Bajau. Apabila Sabah merdeka pada tahun 1963, beberapa jenis perahu baru telah dicipta dan dibudayakan oleh pelarian politik dari selatan Filipina pada tahun 1970-an seperti espeed, pumpboat, kumpit, tempel dan lain-lain lagi. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Sabah telah mengiktiraf lepa dan sappit sebagai perahu warisan di Sabah melalui Regatta Lepa Semporna. Satu persoalan yang timbul di sini mengapakah perahu lain seperti barangayan, korakora, garay, joangga, jungkung, lamak, espeed, pumpboat, kumpit, tempel dan lain-lain lagi tidak dimertabatkan sebagai perahu warisan? Berdasarkan kepada kajian ini mendapati perahu seperti barangayan, kora-kora, garay, dan joangga tidak boleh diklasifisikan sebagai perahu warisan kerana telah tidak wujud Jagi pada masa kini. Sementara itu, perahu seperti espeed, pumpboat, kumpit dan tempeJ juga tidak boleh diklasifisikan sebagai perahu warisan kerana hanya dibawa masuk oleh para pendatang tanpa izin dan peJarian politik pada tahun 70-an. Walau bagaimanapun, perahu seperti jungkung, Jarnak, timbawan, biruk dan boggo boleh dimertabatkan sebagai perahu warisan kerana dicipta dan dibudayakan sendiri oleh suku kaum Bajau (tempatan) dan telah wujud sejak zaman BNBCC lagi dan masih lagi wujud pada masa kini.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Sabah , Ethnic , canoe , British North Borneo Chartered Company (BNBCC) |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 18 Jul 2019 21:47 |
Last Modified: | 18 Jul 2019 21:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22793 |
Actions (login required)
View Item |