Pemilihan pasangan hidup dalam kalangan bella institusi pengajian tinggi di Sabah

Murnizam Halik and Jasmine Adela Mutang and Sharon Kwan Sam Mee and Carmella E. Ading and Ferlis Bahari and Nur Farhana Ardillah Aftar (2012) Pemilihan pasangan hidup dalam kalangan bella institusi pengajian tinggi di Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penelitian semasa status penilaian impak sosial di Sabah.pdf

Download (119kB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan 810 orang belia yang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Sabah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina alat kajian yang mengukur faktor pemilihan pasangan dalam kalangan belia. Item-item yang dibina adalah berdasarkan dapatan daripada kajian kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan berfokus. Setelah itu, alat kajian Skala Pemilihan Pasangan (Mate Selection Scale) dibentuk berdasarkan item-item yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan berfokus. Fasa yang kedua adalah berbentuk kajian kuantitatif iaitu dengan mentadbir alat kajian Skala Pemilihan Pasangan kepada 785 belia yang terlibat. Hasil dapatan kajian kuantitatif memerihalkan pemilihan pasangan belia. Kajian ini juga bertujuan untuk memperihalkan item alat kajian pemilihan pasangan mengikut faktor demografi subjek. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi kekerapan dan peratusan bagi setiap faktor demografi dan item pemilihan pasangan. Dapatan kajian menunjukkan corak pemilihan pasangan adalah berbeza mengikut etnik dan berbeza mengikut faktor demografi. Model Pemilihan Pasangan turut terbentuk berdasarkan dapatan kajian ini. Sehubungan itu, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan.

Item Type: Research Report
Keyword: Sabah , Mate Selection Scale , ethnic , public university
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 19 Jul 2019 15:09
Last Modified: 19 Jul 2019 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22880

Actions (login required)

View Item View Item