Arsiah Hj Bahron and Ratnawati Datuk Hj. Osman (1997) Labuan pulau bebas cukai dan potensinya sebagai pusat membeli-belah. (Unpublished)
|
Text
Labuan pulau bebas cukai dan potensinya sebagai pusat.pdf Download (90kB) | Preview |
|
Text
Labuan pulau bebas cukai dan potensinya sebagai pusat .pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Dengan pengisytiharan semula Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) pada tahun 1956, maka terbuka luaslah pintu Labuan untuk menerima peIancong tempatan dan luar negara untuk datang menikmati keindahan alam semula jadinya ataupun mengambiI kesempatan untuk membeli-belah. Kajian ini telah dijalankan untuk meneliti beberapa persoalan yang berkaitan dengan kemampuan Labuan dan potensinya untuk menjadi pusat membeIi-belah. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat 1) potensi Labuan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal; 2) trend membeli-belah para pelancong dan 3) jenis barangan yang menjadi tumpuan para pelancong. Responden kajian ini terbahagi kepada tiga kumpulan utama, iaitu pelancong (200 orang) yang terdiri daripada pelancong tempatan dan luar negara, pekedai (131 orang) yang meliputi 22 jenis barangan utama yang dijuaI, dan penduduk tempatan (198 orang). Kaedah temubual langsung melalui soal-selidik telah digunakan dan data dianalisis menggunakan jadual taburan frekuensi dan juga jadual silang untuk beberapa angkubah utama yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelancong yang datang ke Labuan dengan berbagai tujuan, rata-ratanya membelanjakan wang untuk membeli-belah. Tumpuan barangan pilihan mereka ialah tekstil, cokelat, barangan eIektIik, rokok, alkohol dan barangan kosmetik. Beberapa variasi dapat dikenal pasti. di kalangan responden terutamanya tumpuan dan jumlah perbelanjaan. Para pekedai pula mer~akan bahawa mereka telah menawarkan berbagai jenis barangan dengan harga yang agak stabil. Namun masih banyak yang perlu mereka Iakukan untuk membantu Labuan menjadi pusat membeli-belah yang terkenal. Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa Labuan sebagai PBC mempunyai potensi untuk menarik pelancong membeli-belah dan ia mempunyai potensi untuk menjadi pusat membeli-belah berdasarkan pandangan dan trend membeli-belah yang diperhatikan di kalangan para pelancong. Kajian ini juga mencadangkan beberapa langkah yang perIu diambil oleh berbagai pihak untuk membantu Labuan mencapai matlamat menjadi sebuah pusat membeli-belah.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Tourism , tax , Labuan . economy |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 30 Aug 2019 07:54 |
Last Modified: | 28 Aug 2020 11:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23466 |
Actions (login required)
View Item |