Beberapa kepercayaan masyarakat Bugis dalam upacara perkahwinan

Rahminah Muharam (2000) Beberapa kepercayaan masyarakat Bugis dalam upacara perkahwinan. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Beberapa kepercayaan masyarakat Bugis dalam upacara perkahwinan.pdf

Download (53kB) | Preview
[img] Text
Beberapa kepercayaan masyarakat Bugis dalam upacara perkahwinan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kepercayaan masyarakat Bugis di Sabah yang berhubung kait dengan perkahwinan. Kepercayaan-kepercayaan tersebut yang lebih tertumpu pada ade' (adat) perkahwinan dapat dibahagikan kepada dua iaitu esoteric syncretism dan practical syncretism. Kedua-dua bahagian ini mempunyai percampuran elemen-elemen sebelum dan selepas kedatangan Islam. Oi samping itu, perIaksanaan ade' (adat) perkahwinan masyarakat Bugis yang masih diamalkan didasari oleh pegangan mereka kepada konsep panngaderreng yang juga disebut sebagai sistem adat merangkumi lima elemen penting iaitu; i. Ade', ii. Bicara, iii. Rapang, iv. Wari, v. Sara '. Kelima-lima unsur ini saling berkaitan dalam membentuk pemikiran masyarakat Bugis yang dipraktiskan melalui rasa harga diri yang amat tinggi menerusi konsep sir;'(haraga diri). Unsur-unsur amalan kepercayaan dalam upacara perkahwinan banyak mempunyai percampuran ade' (adal) dan juga sara' (syariah Islam) yang juga merupakan dua intipati dalam panngaderreng. Selain itu, terdapat beberapa perubahan dalam upacara perkahwinan disebabkan pertembungan krisis kebudayaan tradisional Indonesia dan kebudayaan moden pada zaman renaissance. Proses asimilisasi sosial dan adaptasi budaya yang sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan dan pengamalan mereka dalam upacara perkahwinan. Kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan ilmu kepada masyarakat umum yang ingin mendekati dan memahami masyarakat Bugis secara mendalam. Oi samping itu, hasil kajian ini merupakan satu panduan asas bagi kajian lanjut mengenai konsep dan pengamalan kepercayaan masyarakat Bugis yang berkaitan dengan falsafah etika moden.

Item Type: Research Report
Keyword: Marriage , ethnic , Bugis
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 05 Sep 2019 09:13
Last Modified: 28 Aug 2020 16:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23504

Actions (login required)

View Item View Item