Felix Tongkul and Shariff Abd Kadir Shariff Omang (2010) Geological studies of active faults in Ranau and Lahad Datu areas, Sabah. (Unpublished)
|
Text
Geological studies of active faults in Ranau and Lahad Datu areas, Sabah.pdf Download (55kB) | Preview |
|
Text
Geological studies of active faults in Ranau and Lahad Datu areas, Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (14MB) |
Abstract
Berdasarkan kepada bukti langsung dan tidak langsung, kedua-dua sesar aktif tempatan dan sesar aktif rantau hadir di kawasan Ranau dan Kundasang. Sesar aktif tempatan adalah sesar yang dapat dilihat terus di lapangan dimana pergerakannya dapat diperhatikan sementara sesar aktif rantau adalah sesar yang ditafsir dari linea men negatif, jalan rosak, gempa bumi dan volkano lumpur. Sebuah sesar aktif yang berorientasi N60E kelihatan melalui jalan utama Kundasang-Ranau dekat Kg. Kibbas, Kundasang. Sesar mendatar dengan pergerakan ke kanan ini menunjukkan pergerakan tegak (20-30 em,) dan mendatar (5-10 em) yang keeil. Satu lagi sesar tempatan yang kemungkinan besar aktif dengan kelebaran sekitar 100 m memotong jalan utama Ranau-Telupid dekat Kg. Matupang. Di Lahad Datu, sebuah sesar aktif berorientasi N60E yang berasosiasi dengan volkano lumpur terdapat dekat lapangan terbang. Sesar mendatar ini dengan pergerakan ke kanan menunjukkan pergerakan mendatar dan menegak yang keeil. Satu lagi sesar tempatan yang besar kemungkinan aktif berkelebaran sekitar 300 m memotong jalan utama Silabukan-Tungku di Km 31. Sesar aktif rantau berlaku dalam dua orientasi, iaitu N30E dan N60E di Ranau dan di Lahad Datu. Siri sesar aktif rantau yang selari antara satu dengan yang lain dan memanjang sehingga puluhan kilometer kelihatan melalui Pekan Ranau dan Pekan Lahad Datu. Dieadangkan agar sesar-sesar aktif tempatan dipantau dari masa ke semasa melalui pemerhatian visual selain dari membina tapak pengukuran GPS untuk mengukur kadar pergerakan di kedua belah sesar aktif ini. Beberapa tapak strategik juga perlu dibangun untuk tujuan pemantauan GPS untuk mengenalpasti pergerakan relatif antara sesarsesar aktif rantau.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Sabah , Ranau , Kundasang , earthquakes , Mud Volcanoes |
Subjects: | Q Science > QE Geology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 02 Oct 2019 07:43 |
Last Modified: | 30 Sep 2020 11:02 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23678 |
Actions (login required)
View Item |