Sumber stres, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pesakit dialisis

Norzihan Ayub and Ferlis Bahari and Patricia Joseph Kimong (2010) Sumber stres, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pesakit dialisis. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Sumber stres strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pesakit dialisis.pdf

Download (120kB) | Preview
[img] Text
Sumber stres strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pesakit dialisis.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Tujuan umum kajian ini untuk mengkaji hubungan antara sumber stres, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi dari aspek kepuasan hidup, penghargaan kendiri dan stres psikologikal dalam kalangan pesakit dialisis di Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan di antara sumber stres, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologi dari aspek kepuasan hid up, penghargaan kendiri dan stres psikologikal berdasarkan faktor demografi seperti jantina, tahap umur, tingkat pendapatan, etnik dan penglibatan keagamaan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk tinjauan. Seramai 102 orang pesakit dialisis yang menerima rawatan hemodialisis berumur antara 17 hingga 75 tahun telah dijadikan subjek kajian. Alat kajian Haemodialysis Stressor Scale telah digunakan bagi mengukur sumber stres pesakit dialisis, instrumen Jaloweic Coping Scale (JCS) untuk melihat strategi daya tindak , instrumen Satisfaction With Life Scale (SWLS) digunakan untuk mengukur kepuasan hidup,. Rosernberg Self-Esteem Scale (RSES) untuk mengukur penghargaan kendiri dan Mental Health Index (MHI) digunakan bagi mengukur stres pesakit. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Sementara analisis inferensi pula melibatkan ujian korelasi Pearson, ujian-t sam pel bebas dan Anova sehala. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara sumber stres dengan strategi daya tindak dan psikologikal stres. Sementara itu terdapat hubungan negatif antara sumber stres dengan kepuasan hidup dan penghargaan kendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara kepuasan hidup dengan penghargaan kendiri dan wujudnya hubungan yang negatif di antara kepuasan hidup dengan stres psikologikal. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara penghargaan kendiri dengan stres psikologikal. Selain daripada itu, kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kepuasan hidup, penghargaan kendiri dan stres psikologikal berdasarkan jantina. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara sumber stres, kepuasan hidup dan penghargaan kendiri berdasarkan tingkat pendapatan. Sementara itu terdapat perbezaan yang signifikan di antara sumber stres dan penghargaan kendiri berdasarkan tahap umur pesakit. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan.

Item Type: Research Report
Keyword: stressor, psychological well-being , life satisfaction, self-esteem psychological stress
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 15 Oct 2019 16:20
Last Modified: 30 Sep 2020 16:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23811

Actions (login required)

View Item View Item