Kesan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terhadap keberkesanan hidup dalam kalangan belia di Sabah: ke arah pembinaan modal insan

Getrude C. Ah Gang @ Grace and Mazni Mustapha and Balan Rathakrishnan and Joki Perdani Sawai (2009) Kesan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terhadap keberkesanan hidup dalam kalangan belia di Sabah: ke arah pembinaan modal insan. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan Program Latihan Khidmat Negara.pdf

Download (96kB) | Preview
[img] Text
Kesan Program Latihan Khidmat Negara.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan empat modul dalam Program Latihan Khidmat Dalam Negara (PLKN) iaitu Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti ke atas keberkesanan Kehidupan golongan belia di Sabah. Keberkesanan kehidupan ini diukur berdasarkan kepada lapan (8) aspek iaitu pengurusan masa, Kecekapan Sosial, Motivasi Pencapaian, Fleksibiliti Intelektual, Kepemimpinan, Kawalan Emosi, Inisiatif Aktif dan Keyakinan Kendiri. Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji sikap golongan belia terhadap PLKN antara sebelum dengan sesudah mereka mengikuti PLKN selama 3 bulan. Kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen yang menggunakan kajian tinjau selidik. Subjek perlu mengisi borang seal selidik sebelum mereka mengikuti latihan PLKN. Selepas 3 bulan, mereka sekali lagi perlu mengisi seal selidik pos kajian. Seramai 461 orang subjek terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi; Bahagian B: Soal Selidik Life Effectiveness, dan Bahagian C: Sikap Terhadap Modul PLKN. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS for windows 15.00 version. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisa hipotesis kajian dengan menggunakan ujian t sampel berpadanan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min antara sebelum dan selepas bagi 4 modul PLKN terhadap keberkesanan kehidupan. Antara 8 aspek tersebut, aspek kepemimpinan menunjukkan perbezaan min yang tinggi bagi 4 modul PLKN, sementara aspek motivasi pencapaian menunjukkan perbezaan min yang paling rendah. Dari segi sikap terhadap PLKN pula, terdapat perbezaan min yang signifikan antara sebelum dan selepas subjek mengikuti PLKN. Begitu juga bagi setiap komponen dalam sikap iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

Item Type: Research Report
Keyword: Malaysia National Service Program (PLKN), Sabah , training modules
Subjects: U Military Science > U Military Science (General)
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 17 Oct 2019 07:46
Last Modified: 11 Dec 2020 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23834

Actions (login required)

View Item View Item