Ismail Ali and Ahmad Sade and Ejria Saleh and Mosli Tarsat and Shaffie Abdul Rahim and Arjana Awang and Lee, Kuok Tiung and Abdul Munir Ladoni (2009) Penggunaan teknik cahaya dalam operasi pukat jerut dan impaknya terhadap spesis merin yang menjadi tarikan eko- pelancongan di Pulaj Sipadan , Mabul dan Kapalai di Semporna. (Unpublished)
|
Text
Penggunaan teknik cahaya dalam operasi pukat jerut dan impaknya terhadap spesis merin yang menjadi tarikan.pdf Download (91kB) | Preview |
Abstract
Sempoma yang dahulunya dikenali sebagai Tong Talun merupakan sebuah daerah dalam Bahagian Tawau yang dianugerahkan dengan pulau-pulau yang indah dan ditompoki oleh puluhan batu karang yang kaya hidupan marinnya. Dalam erti kata lain, kewujudan pulau-pulau yang cukup indah dan keunikan hidupan marinnya telah membolehkan daerah ini muncul sebagai antara pusat eko-pelancongan yang bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga diperingkat dunia. Umpamanya, keunikan flora dan fauna pulau Mabul, Kapalai dan Sipadan telah menjadi tarikan utama kepada para pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Umpamanya, pulau Sipadan telah diiktiraf sebagai antara lima lokasi terbaik dunia untuk aktiviti selama skuba. Selain dari itu, kawasan perairan Sempoma juga mempunyai potensi besar untuk pembangunan industri perikanan terutamanya perikanan laut dalam. Keunggulan pulau-pulau peranginan di Semporna sebagai antara lokasi pelancongan terkemuka dunia mula tercalar dengan tersiarnya satu laporan dalam akhbar tempatan pada tahun 2005. Dalam laporan tersebut, seorang wartawan Perancis dan juga penyelam scuba professional telah menceritakan pengalaman pahit beliau sewaktu melawat Pulau Sipadan pada tahun 2005. Carret mendakwa terdapat banyak sampah sarap dan beg plastik yang dihanyutkan oleh arus, tali dan mata pancing di kawasan terumbu karang dan sukar untuk menemui spesies ikan-ikan yang menjadi tarikan utama para penyelam. Bertitik tolak dari persoalan ini, maka para pengkaji dari UMS dan Jabatan Perikanan Sabah telah merasa terpanggil untuk menjalankan kajian dengan harapan berjaya merungkai persoalan ini. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa persoalan ini sebenamya bukan berpunca daripada apa yang didakwa oleh Carret tetapi berkait rapat dengan aktiviti penangkapan ikan menggunakan teknik cahaya oleh bot pukat jerut.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Semporna , island , eco-tourism |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | SCHOOL > School of Psychology and Social Work |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 17 Oct 2019 07:46 |
Last Modified: | 17 Oct 2019 07:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23837 |
Actions (login required)
View Item |