Kesan kepekatan gula dan kompleks tabi'i berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis gigantea in vitro

Zul Azfar Zulkifli (2008) Kesan kepekatan gula dan kompleks tabi'i berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis gigantea in vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan kepekatan gula dan kompleks tabi'i berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis gigantea in vitro.pdf

Download (140kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan kombinasi kepekatan gula dan kompleks tabii yang berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Phalaenopsis gigantea. Media asas yang digunakan adalah Knudson C (KC) yang dicampurkan dengan 0.1 % arang teraktif. Terdapat empat jenis kepekatan gula iaitu 0, 20 %, 30 % dan 40 % manakala jenis kompleks tabii yang digunakan ialah 0.1 % Pepton, 10 % air kelapa dan 10 % ekstrak kentang. Protokom yang digunakan adalah protokom yang mempunyai 1 daun tanpa akar. Pertumbuhan diukur dengan menentukan peratus bilangan protokom yang menghasilkan 1 daun dengan 1 akar, 1 daun dengan 2 akar, 2 daun tanpa akar, 2 daun dengan 1 akar, 2 daun dengan 2 akar. Keputusan yang diperoleh mendapati media KC yang ditambah 10% ekstrak kentang tanpa gula menunjukkan 33.33 % anak benih berdaun 2 dengan 1 akar manakala media KC yang ditambah dengan 20 %, 30 % dan 40 % gula dengan kombinasi kompleks tabii berbeza telah menyebabkan kematian protokom yang tinggi. Kepekatan gula 0 % menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap pertumbuhan dan perkembangan P. gigantea. Tiada sebarang perbezaan signifikan terhadap pertumbuhan dan perkembangan P. gigantea ditunjukkan oleh kompleks tabii.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sugar , Knudson C (KC) , P. gigantea
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 30 Oct 2019 07:54
Last Modified: 30 Oct 2019 07:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23875

Actions (login required)

View Item View Item