Uda Nordin (2008) Penentuan logam mangan dengan menggunakan elektrod pemilih ion (ISE) jenis grafit bersalut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Penentuan logam mangan dengan menggunakan elektrod pemilih ion.pdf Download (177kB) | Preview |
Abstract
Pembinaan dan pencirian elektrod pemilihan ion grafit bersalut untuk menentukan ion Mn2+ telah dijalankan. Elektrod telah disediakan dengan merendamkan rod grafit ke dalam larutan membran dan dikeringkan pada suhu bilik semalaman. Komposisi membran adalah 33 mg polivinil klorida (PVC), 2 mg natrium tetrafenilborat (NaTPB), 60 mg dietil phatalate (DEP) dan 5 mg kurkumin sebagai ionofor. Elektrod menunjukkan respon yang baik pada julat pH yang besar (pH 3 kepada 5.5) dan memberikan respon linear dari kepekatan tx10·1 M hingga lx104 M dengan kecerunan Nernst 30.5 mV/dekad. Masa respon, had pengesanan dan jangka hayat bagi elektrod masing-masing ialah 33.5 saat, lxl0-4 M dan 16 hari. Elektrod yang dibina juga menunjukkan pemilihan yang baik terhadap ion Mn2+ berbanding beberapa ion logam lain yang dikaji. W alaubagaimanapun, elektrod menunjukkan hubungan yang tidak sama dengan kaedah AAS dalam menentukan kepekatan Mn(ll) di dalam sampel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Graphite , ion , electrode |
Subjects: | Q Science > QE Geology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 30 Oct 2019 07:54 |
Last Modified: | 30 Oct 2019 07:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23877 |
Actions (login required)
View Item |