Farah Khairunnisa Matjhilin (2007) Pembangunan minuman jus mangga campuran rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000062.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Pembangunan minuman jus mangga campuran rumpai laut telah berjaya mencapai objektif kajian. Tujuan utama penghasilan minuman jus mangga campuran rumpai laut adalah untuk mempelbagaikan lagi minuman jus buah-buahan di samping membangunkan produk makanan dari rumpai laut. Jus yang dihasilkan telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli panel. Formulasi terbaik, F1, diperolehi melalui penilaian sensori melibatkan ujian pemeringkatan dan ujian hedonik yang telah dijalankan oleh ahli panel yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Formulasi F1 telah diuji dari segi kawalan mutu simpanan yang merangkumi analisis fizikokimia, analisis mikrobiologi dan juga analisis sensori. Analisis fizikokimia merangkumi pengukuran nilai pH, kandungan pepejal terlarut dan peratus keasidan tertitrat. Hasil ujian kawalan mutu simpanan selama 8 minggu menunjukkan jus campuran yang dihasilkan mengalami perubahan dari segi nilai pH, kandungan pepejal terlarut dan peratus keasidan tertitrat. Sampel yang disimpan pada suhu sejuk mempunyai pH 4.31 ± 0.04, kandungan pepejal terlarut 12.07 f 0.12 °Briks, dan kandungan keasidan tertitrat 0.56 ± 0.02 sebelum penyimpanan. Setelah penyimpanan sampel mengalami perubahan dan telah menurun kepada pH 2.73 ± 0.02, kandungan pepejal terlarut 5.93 f 0.12 °Briks, dan kandungan keasidan tertitrat meningkat kepada 1.28 ± 0.02. Jumlah kiraan plat pada minggu ke-6 bagi media PCA dan PDA adalah 6.0 x 10� dan 5.0 x 10�. Oleh itu, jus mangga campuran rumpai laut yang dihasilkan mempunyai jangka hayat penyimpanan selama 6 minggu.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Mango mixed with seaweed juice, |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Mar 2011 16:48 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:47 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2390 |
Actions (login required)
View Item |