Mollyne Chari @ Chali (2007) Penghasilan produk jejari ikan dari ikan bernilai rendah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000064.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan produk jejari ikan daripada ikan bernilai rendah dan memilih formulasi yang terbaik; menjalankan analisis proksimat ke atas produk formulasi terbaik jejari ikan yang dihasilkan; mengkaji mutu simpanan formulasi terbaik jejari ikan melalui ujian fizikokimia, kimia dan sensori, dan juga mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap produk jejari ikan melalui ujian pengguna. Sebanyak 9 formulasi jejari ikan dihasilkan daripada 3 jenis ikan ialtu ikan Kerisi (Nemiplerus spp), ikan Selayang (Qerapterus macrosoma), dan juga ikan Cencaru (Mega/aspic corrlyla). Dua peringkat ujian sensori dijalankan untuk mendapatkan formulasi yang terbaik; ujian Pemeringkatan dan ujian Skala Hedonik. Melalui ujian sensori, sampel F1 dipilih sebagai formulasi terbaik dan analisis keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada wama, bau ikan, dan penerimaan keseluruhan. Hasil daripada analisis proksimat, didapati bahawa produk yang dihasilkan mengandungi 61.81% kandungan kelembapan, 1.01% abu, 16.01% protein, 2.23% lemak, 1.81% serabut kasar, dan 17.13% karbohidrat. Terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) pada pH dari minggu 0 hingga minggu ke-8. Bagi nilai peroksida pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) pada minggu pertama hingga minggu ke-8. Setenisnya, hasil daripada Ujian Perbandingan Berganda menunjukkan bahawa terdapat penurunan kualiti pada atribut wama, bau, rasa, dan penerimaan keseluruhan semasa penyimpanan (p<0.05) tetapi masih pada tahap yang boleh diterima. Dalam ujian pengguna pula, atribut-atribut seperti wama, bau, rasa, kemasinan, tekstur, dan penerimaan keseluruhan diuji dan responden memberikan respon yang positif. Daripada 100 orang responden, 78% menyatakan bahawa mereka sudi membeli produk sekiranya ada dijual di pasaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Production of fish finger, Low-cost fishes |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Mar 2011 16:44 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2397 |
Actions (login required)
View Item |