Kesan ketoksikan Cypermethrin terhadap mortaliti larva kumbang badak (Oryctes Rhinocerosj, perosak utama kelapa sawit di Sungai Batang, Sandakan

Nurathirah Ab Razak (2017) Kesan ketoksikan Cypermethrin terhadap mortaliti larva kumbang badak (Oryctes Rhinocerosj, perosak utama kelapa sawit di Sungai Batang, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan ketoksikan Cypermethrin terhadap mortaliti larva kumbang badak.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di makmal Fakulti Pertanian Lestari (Makmal Entomologi), Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan untuk mengkaji tahap ketoksikan LDso dan U)go Cypermethrin terhadap larva Oryctes rhinoceros beetle pada tanaman kelapa sawit. Kajian ini telah dijalankan selama 3 bulan (Ogos 2016 hingga November 2016). Kajian ini dilakukan melalui empat proses iaitu pengumpulan sampel larva kumbang badak, penjagaan larva, penyediaan stok larutan dan melakukan ujian bioassai dengan kaedah semburan. Semua larva kumbang badak telah di sampel dari Ladang Syarikat Majulah Sdn. Bhd. dan Ladang Persendirian di Sg. Batang, Sandakan. Sebanyak 4 rawatan telah digunakan dengan 3 replikasi untuk setiap rawatan dan disusun dengan menggunakan rekabentuk Completely Randomized Design (CRD). Parameter yang diukur adalah peratus mortaliti larva kumbang badak. Racun Cypermethrin telah disembur ke atas larva kumbang badak dan kadar mortaliti larva kumbang badak telah direkod setelah 24, 48, 72 dan 96 jam. Kajian data dianalisis dengan menggunakan perisia_n PoloPlus© menunjukkan kadar mortaliti larva kumbang badak di Ladang 2 lebih tinggi berbanding di Ladang 1 dengan kepekatan dos bahan aktif insektisid Cypermethrin 1200000.00 ng/g pada jam ke 96. Berdasarkan Ujian Parallelism menunjukkan tidak terdapat perbezaan bererti bagi ujian ketoksikan insektisid Cypermethrin pada masa ke 24, 48, 72 dan 96 jam pemerhatian terhadap mortaliti larva kumbang badak bagi Ladang 1 dan Ladang 2. Namun kecerunan pada graf probit menunjukkan terhadap LDso / U)go, kadar mortaliti probit pada nilai L

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Oryctes rhinoceros beetle larvae , oil palm plants , Cypermethrin
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SF Animal culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 04 Nov 2019 08:03
Last Modified: 04 Nov 2019 08:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23975

Actions (login required)

View Item View Item