Nadzirah Rahmat (2017) Prestasi dan pencirian bunga kekwa (Chrysanthemum morifolium Ramat) di tanah rendah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Prestasi dan pencirian bunga kekwa.pdf Download (877kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri variasi kekwa dan prestasi pertumbuhan kekwa prestasi pertumbuhan kekwa yang boleh ditanam di Sandakan. Kekwa adalah bunga yang biasa ditanam di tanah tinggi (beriklim sejuk), tetapi tanah di tanah tinggi menjadi terhad untuk penambahan kawasan pertanian. Pada masa akan datang penanaman kekwa di tanah rendah akan digalakkan untuk pengembangan industri kekwa. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan di bawah tempat perlindungan hujan FPL UMS Sandakan menggunakan Reka Bentuk Penuh Rawak dengan dua belas varieti dan tiga ulangan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri variasi kekwa, prestasi pertumbuhan kekwa di tanah rendah dan jangka hayat keratan bunga selepas tuai. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai varieti kekwa yang boleh ditanam di tanah rendah berdasarkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif, pertama terbaik adalah varieti Separa ganda oren yang berbunga selepas 14 hari dengan ketinggian pokok dan lebar kanopi yang seimbang manakala, varieti kedua terbaik adalah Dekoratif ungu muda yang digunakan sebagai bunga potong dengan jangka hayat lebih panjang dan keseluruhan menunjukkan kekwa varieti Dekoratif putih adalah yang paling terbaik dari segi ciri kualitatif, ciri kuantitatif dan jangka hayat keratan batang.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Chrysanthemum , climates , plant , flower |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 07 Nov 2019 07:45 |
Last Modified: | 07 Nov 2019 07:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24012 |
Actions (login required)
View Item |