Membaca Sumber Menulis Sejarah: Surat Zakaria Gunn Sebagai Bahan Penelitian Pergerakan Parti Kebangsaan Melayu di Sabah

Eko Prayitno Joko and Zaini Othman and Saat Awang Damit and Ramli Dollah (2018) Membaca Sumber Menulis Sejarah: Surat Zakaria Gunn Sebagai Bahan Penelitian Pergerakan Parti Kebangsaan Melayu di Sabah. Jurnal Kinabalu (EJK), 24. pp. 127-162.

[img]
Preview
Text
MEMBACA SUMBER MENULIS SEJARAH SURAT ZAKARIA GUNN SEBAGAI BAHAN PENELITIAN PERGERAKAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU DI SABAH.pdf

Download (58kB) | Preview

Abstract

Keinginan manusia untuk mengungkapkan kembali masa lalu dalam upaya memahami masa lalu tersebut bukanlah suatu perkara baru. Keadaan ini disebabkan, keberadaan masa lalu hanya dapat diungkapkan melalui pengumpulan sumber sejarah. Dalam hal ini, sumber memainkan peranan penting untuk menjelaskan berkenaan sesuatu peristiwa berdasarkan penemuan daripada sumber sejarah. Keberadaan sumber sejarah akan memungkinkan sejarawan menghasilkan penulisan yang tepat dan lebih objektif sifatnya. Oleh sebab itu, sejarawan harus mencari, mengumpul dan memastikan sumbernya kerana dengan sumber sejarawan berharap dan dengan sumber juga sejarawan mendapatkan fakta untuk menghasilkan penulisannya. Kebergantungan sejarawan kepada sumber dalam menghasilkan penulisannya dapat diperhatikan apabila telusuran terhadap perkembangan politik awal Sabah selepas Perang Dunia Kedua diperhatikan keberadaannya. Ternyata, tempoh masa terbabit adalah kesenjangan nyata dalam memahami dan mengungkapkan kembali perkembangan politik awal di Sabah sehinggakan timbul kenyataan daripada sarjana Barat bahawa selepas Perang Dunia merupakan zaman ketandusan politik masyarakatnya. Walau bagaimanapun, tesis ini tampaknya dapat direkonstruksi semula bersandarkan kepada surat peribadi Zakaria Gunn yang membuktikan bahawa sudah terdapat penentangan secara berorganisasi dalam kalangan masyarakat Sabah yang terpengaruh dengan perkembangan politik di Tanah Melayu dan Brunei untuk memerdekakan negeri mereka daripada British. Justeru itu, artikel ini akan mengangkat kepentingan sumber dalam mengungkapkan masa lalu khususnya perkembangan politik awal Sabah selepas Perang Dunia Kedua.

Item Type: Article
Keyword: Document Source, Sabah History, Political History, Zakaria Gunn
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 15 Nov 2019 14:20
Last Modified: 15 Nov 2019 14:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24099

Actions (login required)

View Item View Item