Penelitian Awal Terhadap Motif dan Pola Hiasan Timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

Nordiana Nasuha Molinka and Baszley Bee B. Basrah Bee and Maureen De Silva (2018) Penelitian Awal Terhadap Motif dan Pola Hiasan Timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 51-61. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
Text
Penelitian Awal Terhadap Motif dan Pola Hiasan Timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang.pdf

Download (39kB) | Preview

Abstract

Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah memberi impak yang signifikan kepada kajian Zaman Dongson di Malaysia khususnya di Sabah. Sebelumnya, gendang gangsa hanya ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu di Sungai Lang, Selangor; Batu Burok, Kuala Terengganu; Tembeling, Pahang; dan Bukit Kuda, Klang, Selangor. Manakala penemuan lain di Borneo ialah dua buah gendang gangsa yang ditemui di Sambas, Kalimantan Barat. GGTD yang berkondisi 30% sempurna dan rapuh kini dipamerkan di Muzium Sabah. Kondisi fizikal ini telah menyukarkan proses kajian fizikalnya khususnya pengecaman motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantel gendang. Lantaran itu, proses pendokumentasian fizikal gendang ini perlu dilakukan sebelum sebarang usaha konrservasi atau restorasi dilakukan. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai motif dan pola hiasan yang terdapat pada gendang ini. Kajian seumpama ini sangat penting bagi memberikan data dan nilai terhadap gendang ini. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan penjelasan terkini mengenai hiasan pada timpanum dan meletakkan GGTD setara dengan kajian gendang gangsa yang lain.

Item Type: Article
Keyword: Bronze drum, Sabah, motifs, decorative patterns
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
M Music and Books on Music > M Music
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Nov 2019 07:17
Last Modified: 22 Nov 2019 07:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24162

Actions (login required)

View Item View Item