Nisrin Jamri (2019) Kajian tentang struktur morfologi luaran lebah kelulut Genera Lepidotrigona (Meliponini). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kajian tentang struktur morfologi luaran lebah kelulut Genera Lepidotrigona.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji struktur morfologi luaran lebah kelulut genera Lepidotrigona (Meliponini) di ladang kelulut milik persendirian di daerah Tuaran, Beluran dan Sandakan. Objektif kajian ini ialah i) untuk mengenalpasti spesies lebah kelulut milik persendirian di daerah Tuaran, Beluran dan Sandakan ii) untuk membandingkan struktur morfologi luaran kasta lebah kelulut pekerja antara genera Lepidotrigona. Tempoh bagi kajian ini adalah selama tiga bulan iaitu bermula pada bulan Ogos 2017 hingga bulan Oktober 2017. Pengumpulan maklumat individu lebah kelulut genera Lepidotrigona dilakukan di tiga ladang tersebut sementara penyempelan dan pengecaman spesimen lebah kelulut dibawa ke Makmal Entomologi Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan. Pengecaman spesimen dilakukan dengan mengkaji struktur morfologi luaran pekerja lebah kelulut (Lepidotrigona) mengikut syor Abu Hassan Jalil (2016). Kaedah tetapan (setting) serangga telah dilakukan pada lebihan lebah kelulut (Lepidotrigona) bagi tujuan koleksi serangga. Sampel lebah kelulut (Lepidotrigona) telah dianalisis menggunakan Principle Component Analysis (PCA) dan Analysis of Variance {ANAVA) satu hala. Parameter yang diambil adalah saiz keseluruhan (mm), saiz sayap (mm), saiz tibia kaki belakang (mm), saiz basitarsus kaki belakang (mm), saiz kepala (mm), saiz toraks (mm), saiz mandibel (mm), warna mandibel, warna bulu pada kepala, warna flagela antena, warna skap, warna sayap hadapan, kawasan malar, lingkaran kuning (toraks), bentuk flagela antena dan bentuk urat sayap hadapan. Hasil kajian menunjukkan sebanyak satu spesies dari L. nitidiventris, empat spesies dari L. terminata, empat dari L. arcifera, dua dari L. ventralis dan satu dari L. doipaensis telah berjaya ditemui di tiga ladang kelulut milik persendirian tersebut. Selain itu, saiz keseluruhan, sayap hadapan, tibia kaki belakang, warna mandibel, dan warna flagela merupakan struktur morfologi penting yang digunakan untuk pengecaman spesies lebah kelulut pekerja (Lepidotrigona). Hasil kajian ini dapat membantu para penternak lebah kelulut di Sabah untuk dapat mengenalpasti dan membezakan struktur morfologi luaran lebah kelulut {Lepidotigona) dengan tepat.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Lepidotigona , Sabah , insect |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 05 Dec 2019 07:12 |
Last Modified: | 05 Dec 2019 07:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24267 |
Actions (login required)
View Item |