Perubahan ciri fizikal dan kimia medium mesokarpa kelapa sawit selepas satu kitaran penanaman cili secara fertigasi

Raja Yus Aeide Raja Salleh (2018) Perubahan ciri fizikal dan kimia medium mesokarpa kelapa sawit selepas satu kitaran penanaman cili secara fertigasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perubahan ciri fizikal dan kimia medium mesokarpa kelapa sawit selepas satu kitaran penanaman cili secara fertigasi.pdf

Download (911kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat keupayaan bahan buangan sawit iaitu serat mesokarpa untuk dijadikan medium penanaman kultur tanpa tanah. Medium penanaman yang digunakan di dalam kajian ini adalah habuk sabut kelapa sebagai medium kawalan. Mesokarpa yang direbus dan mesokarpa tidak direbus adalah medium rawatan. Potensi medium mesokarpa ini dikaji melalui perbandingan yang berlaku kepada perubahan ciri fizikal, kimia dan biologi medium penanaman cili secara fertigasi selama satu kitaran penanaman. Kajian ini mempunyai 12 rawatan termasuklan rawatan kawalan iaitu Tl (habuk sabut kelapa), seterusnya rawatan T2 (habuk sabut kelapa + 5% EM), T3 (habuk sabut kelapa + 10% EM), T4 (habuk sabut kelapa + 15% EM), TS (mesokarpa), T6 (mesokarpa + 5% EM), T7 (mesokarpa + 10% EM), TB (mesokarpa + 15% EM), T9 (mesokarpa direbus), T10 (mesokarpa direbus + 5% EM), T11 (mesokarpa direbus + 10% EM) dan T12 (mesokarpa direbus + 15% EM). Kehadiran mikroorganisma berfaedah dalam kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan dan keupayaannya untuk memperbaiki struktur medium. Reka bentuk bagi kajian ini adalah Completely Randomized Design (CRD) dan Data yang diperolehi telah dianalisis dengan Minitab versi 16 statistical software untuk menguji kesan rawatan terhadap ciri fizikal, kimia dan biologi medium. Hubungan ini dapat diperolehi menggunakan Analisis Varians (ANAVA) dan kesan yang disignifikasikan dengan ujian Tukey. Parameter yang dikaji adalah, ketumpatan pukal, peratusan pegangan air, peratusan jumlah liang udara, peratusan pengecutan, pH, EC, peratusan nitrogen dan peratusan karbon. Bedasarkan keputusan kajian yang dijalankan, tiada perbezaan ketara antara medium mesokarpa dengan habuk sabut kelapa untuk parameter ketumpatan pukal dan peratusan karbon. Rawatan mesokarpa menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) pada parameter bacaan pH, peratusan pegangan air, peratusan jumlah liang udara, peratusan pengecutan, bacaan EC, dan peratusan nitrogen. Kegunaan EM (mikroorganisma berfaedah) menunjukkan perubahan kepada keadaan medium mesokarpa dan medium habuk sabut kelapa. Oleh itu, kajian ini dapat menunjukkan penggunaan EM dapat membantu untuk mengekalkan medium mesokarpa untuk menggantikan medium habuk sabut kelapa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Oil palm , cocopeat , planting , mesocarp
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Jan 2020 07:36
Last Modified: 08 Jan 2020 07:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24554

Actions (login required)

View Item View Item