Gaim James Lunkapis and Paul Porodong and Lee, Kuok Tiung (2014) Memperkasakan sistem tadbir urus tanah dan sumber asli ke arah pembasmian kemiskinan di Negeri Sabah. (Unpublished)
|
Text
Perbandingan kesan fertigasi dan akuagasi menggunakan air sisa ternakan.pdf Download (53kB) | Preview |
Abstract
Karya ini adalah hasil penyelidikan berkenaan sistem tadbir urus tanah dan sumber asli di Sabah dan impaknya terhadap pembangunan ekonomi komuniti Orang Asal yang tinggal di pedalaman Sabah. Lazimnya tanggung jawab untuk melaksanakan sistem pentadbiran tanah dan sumber asli di Sabah adalah di bawah bidang kuasa beberapa jabatan seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan TamanTaman Sabah, Jabatan Pertanian dan beberapa agensi teknikal yang lain. Penyelidikan ini telah direkabentuk sebagai satu tinjauan terhadap sistem pelaksanaan sistem tadbir urus tanah dan sumber asli berdasarkan tiga kes berkaitan yang berlaku di Sabah iaitu Kampung Gana, Hutan Simpan Gumantung- lntob dan Ulu Senagang-Mongool Baru. Pendekatan yang digunakan untuk memahami dan menjelaskan isu adalah secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual mendalam (in-depth interview), fokus group interview dan pemerhatian. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pelaksanaan sistem tadbir urus tanah dan sumber asli di Sabah masih kurang memuaskan. Berdasarkan kepada tiga kajian kes yang dijalankan, keputusan menujukkan bahawa pelaksanaan tadbir urus tanah dan sumber asli yang dijalankan oleh agensi-agensi tertentu memberi kesan yang kurang baik dan boleh menjejaskan kehidupan harian penduduk yang telibat. Diharapkan agar penyelidikan ini dapat menyumbang kepada pemantapan sistam tadbir urus tanah dan sumber asli khususnya di Sabah pada masa akan datang.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Sabah , land management , indigenous people |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 08 Jan 2020 14:12 |
Last Modified: | 08 Jan 2020 14:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24569 |
Actions (login required)
View Item |