Kajian terhadap faktor penyumbang terhadap pencapaian rendah dalam mata pelajaran ekonomi STPM di Sabah

Abdul Said Ambotang and Muhamad Suhaimi Taat and Nur Qistina Abdullah (2012) Kajian terhadap faktor penyumbang terhadap pencapaian rendah dalam mata pelajaran ekonomi STPM di Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian terhadap faktor penyumbang terhadap pencapaian rendah dalam mata pelajaran ekonomi STPM di Sabah.pdf

Download (58kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan faktor guru, faktor sekolah, faktor ibu bapa dan faktor kendiri pelajar terhadap pencapaian rendah mata pelajaran Ekonomi tingkatan enam. Maklum balas diambil dari dua kumpulan responden yang terdiri daripada 247 orang pelajar tingkatan enam mewakili seluruh negeri Sabah telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Item soal selidik yang digunakan, dibangunkan oleh penyelidik berasaskan teori PCK Shulman dan teori Bandura yang dijadikan asas kajian lnl. Analisis statistik lnferens iaitu ujian-e ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi berganda digunakan untuk menguji 13 hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan mewakili variabel terpilih. Keputusan ujian korelasl pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara variabel yang terlibat. Set ujian regresl berganda turut menunjukkan terdapatnya sumbangan variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Semua hasil kajian regresi berganda dalam kajian ini mendapati faktor kendiri pelajar dan faktor sekolah menunjukkan sumbangan yang lebih dominan berbanding dengan faktor ibu bapa terhadap pencapaian rendah Ekonomi. Manakala faktor guru Ekonoml didapati bukan faktor penyumbang yang signifikan terhadap pencapaian rendah guru Ekonomi. Selaras dengan dapatan ini satu kajian terperinci dengan fokus tumpuan utama terhadap meningkatkan penguasaan kandungan guru Ekonomi dan memperkasakan pengurusan kelas pra universiti perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar Ekonomi di Sabah.

Item Type: Research Report
Keyword: Teacher , STPM , economy
Subjects: ?? LB1603 ??
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Jan 2020 14:17
Last Modified: 08 Jan 2020 14:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24584

Actions (login required)

View Item View Item