Sufia Abdullah (2017) Perbandingan antara kesan fertigasi dan akuagasi menggunakan air sisa tangki ternakan ikan tilapia ke atas tumbesaran dan hasil cili (Capsicum Annum) di bawah struktur lindungan hujan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Perbandingan antara kesan fertigasi dan akuagasi.pdf Download (862kB) | Preview |
Abstract
Satu kajian telah dijalankan di bawah struktur lindungan hujan berdekatan Pejabat Pentadbiran Ladang Fakulti Pertanian Lestari di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan prestasi pertumbuhan dan hasil cili sama ada menggunakan sistem akuagasi tangki ternakan ikan tilapia adalah lebih baik berbanding sistem fertigasi menggunakan baja solusi AB. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kadar tumbesaran dan hasil cili menggunakan air tangki ternakan ikan tilapia dan menentukan penjimatan kos pengeluaran penghasilan cili dengan menggantikan penggunaan baja solusi AB kepada air sisa temakan ikan tilapia. Kajian ini telah dimulakan pada 6 Julai 2016 sehingga 6 November 2016. Reka bentuk kajian yang digunakan lalah rekabentuk rawak lengkap (CRD). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ANOVA sehala. Kajian yang dijalankan ini melibatkan penggunaan air tangki ternakan ikan tilapia untuk menggantikan baja solusi AB yang akan disalurkan kepada polibeg pokok cili menggunakan kaedah titisan. Setiap paip saluran sisi memberikan pengairan kepada 48 polibeg. Sebanyak 270 ekor anak ikan yang berumur dua minggu telah diletakkan di dalam tangki ternakan ikan tilapia. Parameter tumbesaran yang dikaji adalah ketinggian tanaman manakala untuk parameter hasil, aspek yang dikaji adalah bilangan buah cili per pokok, ukur lilit cili, panjang buah, dan berat basah buah cili. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem fertigasi menggunakan baja solusi AB memberikan kesan penghasilan yang lebih baik ke atas tumbesaran dan hasil cili. Bagi parameter tumbesaran, parameter ketinggian cili yang tertinggi bagi sistem fertigasi adalah 65 sm manakala bagi sistem akuagasi menggunakan air tangki ternakan ikan tilapia adalah 63 sm. Bagi parameter hasil, bilangan buah tertinggl bagi sistem fertigasi adalah 54 biji dan bagi sistem akuagasl adalah 43 biji. Untuk ukur lilit buah cili, bacaan tertinggi untuk fertigasi adalah 6.4 sm dan bagi aquagasi adalah 5.5 sm. Untuk berat basah buah cili, bacaan tertinggi untuk fertigasi adalah 408 g dan bagi aquagasi adalah 320 g. Bacaan tertinggi parameter panjang cili untuk fertigasi adalah 15.8 sm dan bagi akuagasi adalah 13.6 sm. Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi, sistem akuagasi menggunakan air ternakan ikan tilapia telah menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan dalam tumbesaran dan hasil cili. Walaupun sistem akuagasl memberikan hasil cili yang kurang sebanyak 21 % dari fertigasi, pertambahan pendapatan dari penjualan ikan tilapia akan memberikan jumlah pulangan yang lebih kepada pengusaha.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Chili , aquagation , waste water , fertigation |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 09 Jan 2020 07:33 |
Last Modified: | 09 Jan 2020 07:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24594 |
Actions (login required)
View Item |