Hairul Hafiz Mahsol and Abdul Hamid Ahmad and Arney Sapaat (2013) Kajian infestasi ektoparasit pada mamalia kecil di Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)
|
Text
Kajian infestasi ektoparasit pada mamalia kecil di Kota Kinabalu, Sabah.pdf Download (99kB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai kadar infestasi ektoparasit pada mamalia kecil telah dijalankan di tujuh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah yang terpilih. Sejumlah 214 ekor mamalia kecil daripada sembilan spesies iaitu Rattus norvegicus, Rattus rattus, Rattus exulans, Rattus ·argentiventer, Rattus tiomanicus, Maxomys rajah, Mus castaneus, Sundamy muelleri (kesemuanya Order: Rodentia) dan Suncus murinus (Order: Soricomorpha) yang ditangkap. Kemudian sebanyak 9,941 ektoparasit yang berjaya dikumpul dari mamalia kecil tadi dan boleh dikategorikan kepada lima kumpulan iaitu kutu (Order: Phthiraptera), pinjal (Order: Siphonaptera), sengkenit (Order: Ixodida), tungau (Order: Mesostigmata) dan ciger (Order: Trombidiformes). Order Mesostigmata mempunyai bilangan famili yang terbanyak iaitu enam famili (Dermanyssidae, Diplopodophilus, Ixodorhynchidae, Lealapidae, Macronyssidae clan Pryoglyphidae). Manakala order Phthiraptera: Polyplacidae, Ixodida: Ixodidae, Trombidiformes: Myobiidae dan Siphonaptera: Pulicidae, masing-masing mempunyai satu famili sahaja Namun begitu bilangan individu yang paling tinggi hanya pada order Phthiraptera (4,522) diikuti Mesostigmata (4,070), Trombidiformes (1,099), Siphonaptera (176) dan Ixodida (74). Prevalens keseluruhan ektoparasit pada mamalia kecil di Bandaraya Kota Kinabalu sangatlah tinggi dengan 96. 73%. Hanya tujuh ekor mamalia kecil yang tidak diinfestasi oleh mana-mana ektoparasit. Dari peratusan ini empat kawasan mempunyai prevalens sebanyak 100% iaitu Pasar Besar KK, Taman Indah Permai, Pulau Gaya dan Plaza Damai. Mariakala yang lainnya kurang sedikit daripada 100% iaitu Anjung Selera (90.63%), Taman Kingfisher (91.18%) dan Pelabuhan KK (98.15%). Dengan prevalens yang tinggi ini maka kajian menyeluruh harus terus dijalankan terutamanya pada bahagian pengenalpastian spesies ektoparasit agar kesan jangkitan yang disebabkan oleh spesies tersebut dapat dikenalpasti, seterusnya langkah-langkah pencegahan awal dapat diambil dengan sewajarnya Perkaitan antara mamalia kecil dengan ektoparasit juga harus terus dikaji dan diusahakan pengumpulan datanya. Semoga dengan data yang diperoleh ini sedikit sebanyak membantu dalam menyumbang maklumat khususnya dalam bidang parasitologi perubatan dan kesihatan awam.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Mamals , Sabah , zoology |
Subjects: | Q Science > QL Zoology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 29 Jan 2020 10:42 |
Last Modified: | 29 Jan 2020 10:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24682 |
Actions (login required)
View Item |