Hubungan agenda media dan faktor keselarian politik

Noor Zafira Mohd Shafie and Haryati Abdul Karim and Norhuda Salleh (2018) Hubungan agenda media dan faktor keselarian politik. Jurnal Komunikasi Borneo, 6. pp. 1-7.

[img]
Preview
Text
Hubungan agenda media dan faktor keselarian politik.pdf

Download (39kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Hubungan Agenda Media dan Faktor Keselarian Politik1.pdf

Download (363kB) | Preview

Abstract

Artikel ini memfokuskan pada penggunaan Teori Penentuan Agenda dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentuan agenda media antara akhbar Utusan Malaysia dan portal berita Free Malaysia Today, dan menganalisis corak liputan berita yang dibuat oleh kedua-dua media yang berlainan pemilikan dengan meneliti aspek tema berita dan condong berita. Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah analisis kandungan kuantitatif. Tema berita yang dikenal pasti adalah sosial, ekonomi dan tokoh. Tema ini dipecahkan kepada sub tema yang lebih kecil. Tema sosial dipecahkan kepada jenayah, pendidikan dan kaum dan agama, ekonomi dipecahkan kepada pembangunan dan GST dan tema tokoh pula dipecahkan kepada sub tema calon bertanding, manifesto dan kempen dan sistem pilihan raya. Condong berita yang dikenal pasti dalam kajian adalah positif kerajaan, positif pembangkang, neutral, negatif kerajaan dan negatif pembangkang. Kajian mendapati bahawa proses penentuan agenda berlaku bagi setiap liputan media yang dipaparkan kerana terdapat kecenderungan tertentu bagi jenis liputan berita yang dibuat oleh media berdasarkan kepada penekanan tema dan sub tema tertentu dan hal ini turut dilihat berdasarkan kepada condong berita. Faktor keselarian politik dikaitkan dengan penentuan agenda media kerana pemaparan skop berita yang berdasarkan kepada tema dan arah kecenderungan berita adalah berpandukan kepada faktor pemilikan media kerana kedua-dua media adalah berbeza pemilikan. Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO manakala Free Malaysia Today dimiliki oleh pembangkang. Kesimpulannya kajian ini mengukuhkan Teori Penentuan Agenda khususnya tentang hubungan agenda media dengan keselarian politik.

Item Type: Article
Keyword: Tendencies, Agenda, Themes, Health, Politics
Subjects: J Political Science > JC Political theory
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Feb 2020 10:10
Last Modified: 19 Jun 2020 13:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24968

Actions (login required)

View Item View Item