Bilcher Bala and Baszley Bee Basrah Bee and Nordin Sakke and Paul Porodong and Wong, Jane Kon Ling and Lokman Adbul Samad and Saat Awang Damit and Azizan Morsidi (2009) Sejarah masyarakat Lundayeh: kajian mengenai asal usul, migrasi dan petempatan di daerah Sipitang, 1945-2000. (Unpublished)
|
Text
Sejarah masyarakat Lundayeh.pdf Download (177kB) | Preview |
Abstract
Lundayeh adalah salah satu kumpulan etnik kecil di Sabah dan kurang dikenali dalam bidang akademik dan pengetahuan umum yang disebabkan oleh penduduk mereka telah dimasukkan sebagai kumpulan sub-etnik di bawah klasifikasi 'Murut' secara umum. Dalam perangkaan rasmi, penduduk Lundayeh telah diklasifikasikan sebagai 'Murut Lundayeh' di bawah kategori 'Bumiputra Lain-lain'. Setakat ini terdapat kajian dilakukan oleh Jay Bouton Crain mengenai beberapa aspek antropologi budaya, seperti rumah panjang (1970); perkahwinan dan (1970); organisasi bertani (1963); ritual bertani (1976); sistem bertani padi sawah (1993) dan; permasalahan konstruksi pengetahuan masa lampau dan kini terhadap pengkajian tentang Lundayeh (2000). Sebuah kajian mengenai aspek sosiobudaya masyarakat Lundayeh secara umum berasaskan penelitian perpustakaan telah diterbitkan oleh Bilcher Bala (2007). Kajian Crain pada tahun 1970, ada mengesahkan bahawa terdapat 11 petempatan masyarakat Lundayeh di seluruh Sabah. Kini, di Daerah Sipitang sahaja, jumlah petempatan mereka meningkat kepada 16 buah (daripada 29 buah di seluruh Sabah). Aktiviti penyelidikan mengenai masyarakat Lundayeh di Sabah masih amat kurang dilakukan. Mereka dikatakan amat mundur pada tahun 1970, tetapi kini, mereka merupakan sebuah contoh masyarakat pribumi yang progresif sehingga mencapai kesejahteraan hidup (dalam pendidikan dan pekerjaan berkolar putih) dan juga dinamik menyesuaikan diri dalam hubungan dengan pelbagai kumpulan etnik lain di Sabah. Perkahwinan campur dan migrasi keluar meninggalkan petempatan tradisional (kampung) adalah satu fenomena yang dominan. Masyarakat Lundayeh telah berubah menjadi sebuah masyarakat moden. Sebagai kesannya, warisan budaya tradisi mereka kian pupus. Hal ini menjadi satu cabaran masa depan terhadap identiti mereka. Asal usul dan sejarah budaya tradisional mereka sedang mengalami proses kepupusan akibat pengaruh budaya dominan, pemodenan dan globalisasi. Kini telah timbul kesedaran untuk menghidupkan semula elemen ekstrinsik dalam budaya tradisional mereka sematamata untuk 'pameran hidup' dalam Pesta Kebudayaan Sabah. Hakikatnya, masyarakat Lundayeh memerlukan usaha penyelidikan yang segera untuk mendokumentasikan warisan mereka sebelum semuanya pupus.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 02 Mar 2020 15:58 |
Last Modified: | 02 Mar 2020 15:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25018 |
Actions (login required)
View Item |