Mohammad Azri Amatan and Crispina Gregory K Han (2020) Perbezaan Faktor Demografi Dalam Efikasi Kendiri Guru Dan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke 21. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 18 (1). pp. 17-36. ISSN 2462-1951
|
Text
Perbezaan Faktor Demografi Dalam Efikasi Kendiri Guru Dan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke 21.pdf Download (48kB) | Preview |
|
|
Text
Perbezaan Faktor Demografi Dalam Efikasi Kendiri Guru Dan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke 211.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan faktor demografi (jantina, umur, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar) dalam efikasi kendiri guru dan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di enam (6) buah sekolah menengah daerah Penampang di negeri Sabah. Seramai 329 guru-guru sekolah menengah telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata berkadar. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif bersifat tinjauan menggunakan sepenuhnya borang soal selidik untuk mengumpul data. Instrumen yang telah digunakan untuk memungut data terdiri daripada soal selidik Teachers’ Sense Of Efficacy (TSES) dan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Usaha penerokaan literatur mendapati faktor demografi yang telah dikenal pasti releven dalam konteks kajian ini ialah umur, jantina, pengalaman mengajar dan kelulusan ikhtisas. Pakej analisis statistik ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) for Windows version 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Analisis Ujian-t dan ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan faktor demografi guru seperti jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas. Demikian juga efikasi kendiri guru, turut didapati tidak berbeza secara signifikanberdasarkan faktor jantina, umur dan kelayakan ikhtisas. Namun, efikasi kendiri guru didapati berbeza secara signifikan berdasarkan faktor pengalaman mengajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Demographic Factors, Teacher Self-Efficacy (EKG), 21st Century PdP Practices (PdP21) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 21 Jul 2020 09:46 |
Last Modified: | 21 Jul 2020 09:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25642 |
Actions (login required)
View Item |