Qasim Ahmad and Sabihah Osman and Bilcher Bala and Saat Awang Damit and Maureen De Silva (2004) Projek pendokumentasian warisan Kampung Air di Sabah. (Unpublished)
Text
ABSTRACT.pdf Download (223kB) |
|
Text
Projek pendokumentasian warisan kampung air di Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Dari sudut sejarah awal di Sabah, kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan kewujudan Kampung Air adalah keturunan kaum Melayu Brunei di bahagian pantai barat dan kaum Bajau di bahagian pantai timur. Kampung Air menjadi satu fenomena habitat masyarakat yang semakin berkembang pesat pada tahun 1970an di kalangan masyarakat pribumi dan bukan pribumi. Kesan daripada perkembangan yang berlaku telah menyebabkan wujud dua pola petempatan, iaitu Kampung Air di kawasan bandar dan Kampung Air di kawasan luar bandar. Hakikatnya, Kampung Air di luar bandar masih mengkekalkan warisan masyarakat asal. Manakala Kampung Air di kawasan bandar telah menjadi kediaman bagi pelbagai kaum. Berdasarkan hasil kajian didapati populasi penduduk pribumi di Kampung Air mula merosot pada awal dekad 1990an. Hal ini berkait rapat dengan faktor pembangunan wilayah dan faktor migrasi. Kemudian berlaku pertambahan pesat rumah-rumah di kawasan Kampung Air pada tahun 1990an, khususnya di sekitar kawasan bandar dan ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial dan alam persekitaran. Keadaan ini menjadikan masyarakat di Kampung Air secara umumnya telah dikelompokkan sebagai salah satu komuniti terpinggir. Lantaran menimbulkan tanggapan serong masyarakat luar terhadap cara hidup mereka dalam Iingkungan taraf kehidupan di kawasan bandar. Kertas kerja ini akan menjelaskan status Kampung Air sebagai satu warisan bangsa dan budaya yang menghadapi cabaran arus pembangunan.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Kampung Air, Sabah, Community, Water village, Population |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 25 Aug 2020 11:24 |
Last Modified: | 26 Jan 2024 15:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25805 |
Actions (login required)
View Item |