Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan- Dusun di Sabah

Halina Sendera Mohd Yakin and Chiew, Tung Moi and Andreas Totu and Suraya Sintang and Yasmin Beng Houi Ooi and Siti Aidah Hj Lukin and Ramlah George M.R. (2020) Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan- Dusun di Sabah. Borneo International Journal, 2 (4). pp. 37-46. ISSN 2636-9826

[img]
Preview
Text
Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan- Dusun di Sabah.pdf

Download (45kB) | Preview
[img] Text
Impak Modenisasi dan Pengkomersilan Terhadap Keaslian Makanan Tradisi dan Identiti Budaya Etnik Kadazan- Dusun di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (171kB)

Abstract

Modenisasi memainkan peranan besar terhadap perubahan identiti budaya sesebuah etnik termasuklah aspek makanan tradisi. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesan modenisasi dan pengkomersilan terhadap keaslian makanan tradisi serta pelestarian identiti budaya dan mengenalpasti tahap serta kaedah pengkomersilan makanan berkenaan. Kajian ini memfokuskan kepada makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun di Sabah khususnya tuhau dan bambangan. Kajian lapangan yang menggunakan teknik pengamatan turut serta, temu bual dan tinjauan soal selidik dilaksanakan di beberapa lokasi petempatan etnik Kadazan-Dusun termasuklah kawasan Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Tamparuli, Ranau dan Kundasang), Pantai Barat Utara (Kudat, Sikuati dan Kota Marudu) dan Pedalaman atas (Tenom, Keningau, Tambunan, Nabawan dan Sook). Dapatan kajian mendapati bahawa pengkomersilan dan modenisasi mempengaruhi keaslian makanan tradisi etnik Kadazan-Dusun khususnya tuhau dan bambangan tetapi tidak melenyapkan identiti budaya etnik berkenaan kerana penyediaan secara tradisi masih turut dipasarkan dan mendapat sambutan dalam kalangan penduduk. Sementelah itu, lokasi petempatan mempengaruhi keaslian dan improvisasi serta tahap dan kaedah pengkomersilan makanan tradisi berkenaan. Antara faktor-

Item Type: Article
Keyword: Modernization, Commercialization, Traditional food, Kadazan-Dusun, Authenticity, Cultural Identity
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Oct 2020 12:48
Last Modified: 23 Mar 2021 20:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26145

Actions (login required)

View Item View Item