Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Molia Sebi Dinggai and Mohammad Tahir Mapa and Fionna George (2020) Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (9). pp. 217-227. ISSN 2504-8562

[img]
Preview
Text
Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text
Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (43kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak nongovernmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada 400 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti nilai purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat tempatan memberikan persepsi yang baik terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu.

Item Type: Article
Keyword: e-waste, stakeholders, private companies, perceptions
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Jan 2021 18:58
Last Modified: 06 Jan 2021 12:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26561

Actions (login required)

View Item View Item