Syahruddin Awang Ahmad and Saat Ag. Damit and Haryati Abdul Karim (2019) Pilihanraya Kecil Kimanis: Isu Lokal, Jentera Kempen dan Aura Barisan Nasional. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (10). pp. 1-9. ISSN 2504-8562
|
Text
Pilihanraya Kecil Kimanis1.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text
Pilihanraya Kecil Kimanis.pdf Restricted to Registered users only Download (48kB) |
Abstract
Penolakan Mahkamah Pilihan Raya terhadap rayuan oleh penyandang kerusi P176 bagi petisyen untuk mencabar kemenangan penyandang berkenaan telah menyebabkan Pilihanraya Kecil (PRK) diadakan di kawasan tersebut. Terdapat seramai 29, 618 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 66.54% bumiputera Islam (19,708), 29.93% bumiputera bukan Islam (8,865), 3.19% (945) dan lain-lain 0.34% (100). Demografik pengundi ini hakikatnya dapat menjelaskan sebab mengapa kemenangan parti BN sebelum ini dalam PRU14 adalah tipis dan dalam PRK Kimanis juga, angka majoriti kemenangan BN juga tidak begitu besar berbanding peratusan keluar mengundi dalam PRU14 yang lalu. Terdapat kemungkinan pengundi-pengundi wujud situasi groupthink dan kesan bandwagon dalam kalangan pengundi yang meyakini bahawa kerajaan Warisan boleh menang dengan mudah dan dengan sebab itu ramai pengundi luar kawasan yang tidak balik mengundi pada 18hb Januari 2020kerana isu lokal tidak begitu memberi kesan kepada pengundian kelak. Rumusan oleh informan kajian yang ditanya menerusi temuramah bersemuka selepas keputusan diumumkan pada malam penjumlahan undi menggariskan tiga sebab yang boleh dipertanggungjawabkan atas kekalahan Parti Warisan iaitu, 1). isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang sukar ditangani dengan betul oleh pihak kerajaan, 2). jentera kempen Parti Warisan yang agak kelam kabut, dan; 3). sebilangan besar pengundi-pengundi Parti Warisan tidak keluar mengundi atas sebab tertentu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | groupthink, bandwagon effects, petition, campaign machinery, local issues |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 05 Jan 2021 14:14 |
Last Modified: | 05 Jan 2021 14:14 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26564 |
Actions (login required)
View Item |