Pembelajaran koperatif kemahiran 4k dan penggunaan media digital terhadap sikap akademik pelajar

Mohd. Sahrul Nizam Sahidin and Muhamad Suhaimi Taat (2020) Pembelajaran koperatif kemahiran 4k dan penggunaan media digital terhadap sikap akademik pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5 (4). pp. 133-141. ISSN 2504-8562

[img] Text
Pembelajaran koperatif kemahiran 4k dan penggunaan media digital terhadap sikap akademik pelajar-Abstract.pdf

Download (76kB)
[img] Text
Pembelajaran koperatif kemahiran 4k dan penggunaan media digital terhadap sikap akademik pelajar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (813kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran koperatif kemahiran 4k (komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif) pelajar dan penggunaan media digital oleh guru terhadap sikap akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Responden terdiri daripada 400 orang pelajar tingkatan empat bagi 18 buah sekolah menengah harian di daerah Kota Kinabalu Sabah. Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik dengan pengukuran skala likert. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 25. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan media digital oleh guru berada pada tahap sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan media digital oleh guru antara pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat juga hubungan yang signifikan tetapi lemah antara penggunaan media digital oleh guru dengan sikap akademik pelajar. Implikasi dan cadangan lanjut turut dibincangkan.

Item Type: Article
Keyword: Pembelajaran koperatif , Kemahiran 4K , Media digital , Sikap akademik , Sejarah
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 May 2021 10:55
Last Modified: 27 May 2021 10:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27022

Actions (login required)

View Item View Item