Yoon, Pui Ling (2018) Elemen estetika dalam reka bentuk motif pakaian tradisional masyarakat Rungus di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
Elemen estetika dalam reka bentuk motif pakaian tradisional masyarakat Rungus di Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (13MB) |
Abstract
Busana (pakaian) tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Bagaimanapun, nilainilai budaya dan amalan tradisi didapati semakin terhakis kerana fenomena kehidupan moden. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan pengetahuan dan amalan budaya busana atau pakaian tradisional dalam kalangan generasi muda. Busana tradisional kaum lelaki Rungus dikenali sebagai badu’-masap dalam upacara ritual dan pakaian mogah bagi kumpulan penari. Busana tradisional kaum perempuan pula terdiri daripada pakaian banat-tapi’ dalam upacara ritual dan pakaian sukolob untuk pakaian harian. Kajian ini ditumpukan pada pakaian badu’- masap dan banat-tapi’. Kajian busana ini akan menganalisis elemen estetika dari segi reka bentuk dan motif yang dipaparkan. Data-data penyelidikan ini diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Manakala analisis kajian pula meggunakan pendekatan estetika yang diperkenalkan oleh Monroe Beardsley dan Thomas Aquinas. Pendekatan estetika ini merumuskan elemen harmoni, kesatuan dan imbangan sebagai indikator yang penting. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam busana tradisional masyarakat Rungus dapat dikategorikan berdasarkan reka bentuk motif organik dan geometri. Seterusnya, elemen estetika didominasi oleh unsur flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif busana tradisional dapat dikaitkan dengan aktiviti kehidupan masyarakat Rungus.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Attire , Rungus , Ethnic |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 02 Jun 2021 11:23 |
Last Modified: | 02 Jun 2021 11:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27035 |
Actions (login required)
View Item |