Strategi kesejahteraan hidup: perspektif dalam kalangan gelandangan

Muhammad Faheem Mohd Dahlan and Muhammad Idris Bullare @ Bahari (2020) Strategi kesejahteraan hidup: perspektif dalam kalangan gelandangan. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 4. pp. 9-16. ISSN 2600-7819

[img] Text
Strategi kesejahteraan hidup.pdf

Download (28kB)
[img] Text
Strategi kesejahteraan hidup1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (416kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk memahami strategi yang diperoleh daripada golongan gelandangan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental (Stake, 1995). Seramai 10 orang daripada golongan gelandangan telah diambil sebagai responden kajian. Data yang telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Sebanyak lima tema keseluruhan berkaitan dengan strategi yang dimiliki oleh golongan gelandangan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Tema strategi yang telah dibentuk ialah, (a) berfikiran positif, (b) komunikasi interpersonal, (c) hubungan sosial, (d) penetapan kendiri, dan (e) pengurusan rohani. Kajian ini membolehkan golongan gelandangan, institusi keluarga, pemegang taruh dan masyarakat dapat memahami bagaimana untuk membantu dalam meningkatkan kesejahteraan hidup terutamanya dalam kalangan gelandangan. Golongan ini juga ingin berdikari, menyumbang kepada masyarakat, justeru menghapuskan stigma terhadap golongan gelandangan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal berkaitan dengan isu kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan turut dibincangkan di akhir penulisan ini untuk pengkaji di masa akan datang dapat menjalankan kajian dalam bidang psikologi khususnya subjek dalam kalangan gelandangan.

Item Type: Article
Keyword: Well-being, Case Studies, Homelessness, Thematic Analysis
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Jun 2021 12:45
Last Modified: 02 Jun 2021 12:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27130

Actions (login required)

View Item View Item