Ruzanna Syamimi Ramli and Jabil Mapjabil (2020) Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet di pinggir pantai daerah Marang, Terengganu. International Journal of Entrepreneurship and Management Practices, 3 (12). pp. 28-38. ISSN 2600-8750
Text
Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet di pinggir pantai daerah Marang, Terengganu-Abstract.pdf Download (58kB) |
|
Text
Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet di pinggir pantai daerah Marang, Terengganu.pdf Restricted to Registered users only Download (437kB) | Request a copy |
Abstract
Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila berlakunya permintaan percutian yang tinggi daripada pelancong. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor penentu penglibatan komuniti dalam perusahaan chalet di pinggir pantai daerah Marang. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu kaedah temu bual terhadap peungusaha chalet yang merupakan komuniti tempatan. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap lokasi juga dilakukan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati setiap pengusaha chalet mempunyai faktor penentu yang tersendiri dalam melibatkan diri dalam perusahaan chalet di Marang. Faktor yang paling dominan adalah warisan keluarga. Pembangunan chalet pinggir pantai ini memberikan impak dan membawa perubahan terhadap sosioekonomi serta taraf hidup komuniti tempatan. Dengan itu, penglibatan komuniti yang aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai pengusaha malah mereka turut berperanan dalam menggalakkan penglibatan penduduk lain untuk turut serta memajukan pembangunan chalet pinggir pantai di daerah ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Faktor penentu , Pinggir pantai , Penglibatan komuniti , Pengusaha chalet |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia H Social Sciences > HF Commerce H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 14 Jun 2021 13:11 |
Last Modified: | 14 Jun 2021 13:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27156 |
Actions (login required)
View Item |