Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah

Jalihah Md Shah and Diana Demiyah Mohd Hamdan and Rohana Tair (2021) Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 6 (35). pp. 95-108. ISSN 0128-1755

[img] Text
Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (238kB) | Request a copy
[img] Text
Penglibatan komuniti dalam program penternakan lokan di Kudat, Sabah ABSTRACT.pdf

Download (80kB)

Abstract

Penglibatan aktif komuniti dalam usaha pembasmian kemiskinan menjadi salah satu indikator penting kepada pencapaian matlamat dan kejayaan program pembangunan. Banyak projek yang telah diperkenalkan oleh agensi pembangunan di Malaysia bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup komuniti terutamanya di kawasan luar bandar. Di negeri Sabah, aktiviti pengutipan lokan merupakan salah satu kegiatan ekonomi sara diri komuniti Rungus di Kudat yang telah dijadikan sebagai projek akuakultur oleh Jabatan Perikanan Sabah tapi masih kurang diberi perhatian dalam wacana pembangunan komuniti. Projek Penternakan Lokan yang diperkenalkan pada tahun 2014 di Kg. Kopunadan, Kudat ke atas 11 orang peserta umumnya bertujuan membasmi kemiskinan. Sejauh manakah projek ini telah berjaya mencapai matlamatnya? Apakah yang dilakukan oleh komuniti bagi memastikan projek ini boleh terus bertahan? Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini dilakukan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian ikut serta. Data temubual secara mendalam dikutip daripada tiga orang peserta projek dan pegawai Jabatan Perikanan Matunggong. Penyelidik turut menyertai aktiviti mengutip lokan bersama responden di kawasan paya bakau dan terlibat sama dalam Pesta Lokan yang dianjurkan oleh komuniti. Kajian ini mendapati projek yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah menyebabkan aktiviti pengutipan lokan lebih sistematik berbanding kaedah konvensional yang diamalkan komuniti sebelum ini. Selain pendapatan responden mengalami peningkatan, projek ini secara tidak langsung turut menyumbang terhadap pemuliharaan hutan paya bakau di Teluk Marudu. Komuniti juga telah mengembangkan projek penternakan ini ke tahap yang lebih tinggi seperti menganjurkan Pesta Lokan untuk menarik para pengemar lokan datang ke kawasan tersebut. Jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan lain, penyelidik UMS dan orang perseorangan juga dilakukan bagi mendapatkan dana penganjuran Pesta Lokan. Usaha dan minat berterusan yang ditunjukkan oleh komuniti ini dijangka menyumbang kepada kebertahanan projek ini pada masa hadapan

Item Type: Article
Keyword: Penglibatan Komunit i, Penternakan Lokan , Rungus , Pesta Lokan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GC Oceanography
?? HD66-662_Work_groups ??
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jun 2021 11:02
Last Modified: 16 Jun 2021 11:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27261

Actions (login required)

View Item View Item