Connie Ompok and Jaini Sapirai and Alley Emison and Lydia Teo and Priscilla Kyle Payne (2020) Membangunkan modul stem haiwan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah. International Academic Research Journal of Social Science, 6 (2). pp. 6-16. ISSN 2289-8441
Text
Membangunkan Modul Stem Haiwan Menggunakan Pendekatan abstract.pdf Download (35kB) |
|
Text
Membangunkan Modul Stem Haiwan Menggunakan Pendekatan Fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) di peringkat prasekolah masa kini tidak kertelihatan dengan jelas. Kajian ini bertujuan membangunkan satu modul STEM haiwan dengan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah. Pelaksanan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan projek ini menfokuskan kepada aktiviti beberapa haiwan dalam membina tempat tinggal mereka (sarang). Hal ini dipercayai boleh meningkatkan minat kanak-kanak di peringkat awal terhadap STEM kerana aktiviti bertemakan Haiwan sangat sesuai dengan kanak-kanak. Fasa pertama melibatkan aktiviti pengenalan melalui video tentang haiwan. Fasa kedua melibatkan penyiasatan, penyoalan dan pelaksanaan aktiviti iaitu kanak-kanak akan berbincang dengan ibu bapa mereka dengan kolaborasi guru. Fasa ketiga memerlukan kanak-kanak menceritakan aktiviti yang dilaksanakan. Idea yang disampaikan oleh kanak-kanak selaras dengan usaha menjadikan mereka saintis kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan satu contoh STEM pendekatan projek yang dapat dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Sabah disebabkan Covid-19 dengan penglibatan guru, ibu bapa dan persekitaran sebagai guru ketiga dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Murid Prasekolah , Modul STEM Haiwan , Pembelajaran Berasaskan Projek |
Subjects: | ?? LB1501 ?? |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 23 Jun 2021 20:03 |
Last Modified: | 23 Jun 2021 20:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27373 |
Actions (login required)
View Item |