Jakaria Dasan (2009) "UMS-Parangkang" mengelilingi perairan Sabah. New Sabah Times.
|
Text
ar0000000028.pdf Download (57kB) | Preview |
Abstract
Pada tahun 2009 ini, UMS turut memeriahkan lagi sambutan Pesta Regatta Lepa di Semporna dengan ekspedisi pelayaran mengelilingi Sabah menggunakan bot UMS-Parangkang. Dengan tema “sejarah mencipta sejarah� bot tradisi yang tidak lagi digunakan pada masakini telah dibina khas menggunakan peruntukan penyelidikan FRGS Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang akan membawa seramai enam orang pelayar bermula dari Semporna pada 18 April 2009 sehinggalah ke Sipitang pada 12 Mei 2009. Uniknya ekspedisi ini ialah kerana pergerakan bot ini adalah sebahagian besarnya menggunakan layar yakni kuasa angin. Sekali-sekala iaitu hanya jika berhadapan dengan tiupan angin yang berlawanan, maka ianya akan menggunakan kuasa enjin. Ekspedisi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ismail Ali, pensyarah Sekolah Sains Sosial UMS dan lima orang yang lain iaitu, En Mosli Tarsat (UMS), L/Kpl Hasanal Salleh Bandan (Polis Marin Semporna), Mustafa Ambuton, Mohd Faizal Maksal, dan Amit Ambuton. Jika tidak menghadapi halangan besar, pelayaran ini akan mengambil masa selama hampir sebulan berdasarkan keadaan cuaca dan laut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Expeditions, Pesta Regatta Lepa, Semporna |
Subjects: | ?? GV557-1198.995 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Business and Economics |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 19 May 2011 16:45 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2739 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |