Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid and Veronica Petrus Atin and Saidatul Nornis Hj. Mahali (2020) Gangguan bunyi bahasa Kadazandusun dalam sebutan Arab oleh etnik Kadazandusun di Ranau, Sabah. Manu, 31 (2). pp. 69-96. ISSN 2590-4086
Text
Gangguan bunyi bahasa Kadazandusun dalam sebutan Arab oleh etnik Kadazandusun di Ranau, Sabah abstract.pdf Download (53kB) |
|
Text
Gangguan bunyi bahasa Kadazandusun dalam sebutan Arab oleh etnik Kadazandusun di Ranau, Sabah fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (692kB) |
Abstract
Gangguan bahasa ialah produk pemindahan bahasa yang berbentuk negatif daripada bahasa pertama (Kadazandusun) kepada bahasa sasaran (Arab). Berdasarkan perbezaan fonem konsonan yang terdapat dalam sistem bunyi kedua-dua bahasa tersebut, penutur jati Kadazandusun dijangka menghadapi kesukaran ketika menyebut huruf-huruf tertentu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai hakikat gangguan bahasa dari sudut fonetik yang berlaku ketika penutur jati Kadazandusun menyebut huruf tersebut. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti huruf bahasa Arab yang sukar untuk disebut berdasarkan gangguan bunyi bahasa Kadazandusun dan sebabnya. Objektif yang kedua pula ialah mengenal pasti huruf bahasa Arab yang mudah disebut oleh etnik Kadazandusun dan sebabnya. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang menggunakan satu set ujian sebutan yang diubah suai berasaskan teori Mahjub untuk mendapatkan skor sebutan sembilan bunyi fonem Arab. Responden kajian seramai 21 orang penutur jati Kadazandusun yang terdiri daripada kalangan remaja, dewasa dan warga tua. Pemilihan responden berasaskan keupayaan membaca al-Quran, penguasaan bahasa ibunda dan kawasan penempatan. Hasil ujian dinilai dengan khidmat nasihat daripada penilai yang pakar dalam bidang ilmu al-Quran dan Qiraat. Dapatan kajian mendapati bahawa huruf [ ع [ ,] ظ [ ,] ط [ ,] ض [ ,] ص ] dan [ ح ] adalah huruf yang sukar untuk disebut, manakala huruf [ أ [ ,] ز [ ,] ت [ ,] د [ ,] س [ ,] غ [ ,] خ [ ,] ق ] dan [ ه ] adalah huruf yang mudah untuk disebut. Kajian membuktikan bahawa tahap persamaan dan perbezaan antara sistem fonetik bahasa Kadazandusun dengan bahasa Arab menjadi penentu kepada tahap gangguan bahasa semasa proses pemindahan bahasa. Oleh itu, disarankan agar pembelajaran sebutan huruf Arab dalam kalangan penutur jati Kadazandusun bermula dengan huruf-huruf yang mudah disebut dan diakhiri dengan huruf yang sukar. Kata kunci: sebutan,fonetik, bahasa Kadazandusun, bahasa Arab, gangguan bahasa, analisis konstruktif.Abstract Language interference is the negative language transfer product from the first language (Kadazandusun) to the target language (Arabic). Based on consonant phoneme differences in the sound system of both languages, native speakers of Kadazandusun are expected to have difficulty in pronouncing certain Arabic letters. This study therefore was aimed at investigating language interference specifically on the aspect of phonetic that occurred when Kadazandusun native speakers pronounced these particular Arabic letters. The first objective of the study was to identify Arabic letters that posed difficulty in pronunciation due to Kadazandusun language interference and ascertain the reasons for this problem. The second objective was to identify Arabic letters that were easy for Kadazandusun speakers to pronounce and the reasons for this non-difficulty. This action research study utilised an adapted pronunciation test set based on the Mahjub theory in order to obtain scores for nine Arabic pronunciations. The respondents consisted 21 Kadazandusun native speakers comprising teenagers, adults and the elderly. The selection of respondents was based on their ability to read the Quran, mother tongue mastery and their locality. Test results were evaluated with consultation from experts in Quran and Qira’at. Findings revealed [ط [ ,] ض [ ,] ص ], [ع [ ,] ظ ] and [ ح ] as letters that the speakers tend to mispronounce whereas [ أ [ ,] ز [ ,] ت [ ,] د [ ,] س [ ,] غ [ ,] خ [ ,] ق ] and [ ه ] were easy to vocalise. This study has demonstrated that the level of similarities and differences between the phonetic systems of the Kadazandusun and Arabic languages determine the level of interference during language transfer process. Hence it is recommended that the learning of Arabic pronunciation among Kadazandusun native speakers should begin with easier-to-pronounce letters initially and end with those that are more difficult.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Sebutan, Fonetik , Bahasa Kadazandusun , Bahasa Arab , Gangguan Bahasa , Analisis Konstraktif , Pronunciation , Phonetic , Kadazandusun Language , Arabic Language , Language Interference , Constructive Analysis |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 25 Jun 2021 11:20 |
Last Modified: | 25 Jun 2021 11:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27411 |
Actions (login required)
View Item |