Siri' dalam Elong Masyarakat Bugis di Tawau Sabah

Mansur Tanra and Asmiaty Amat (2021) Siri' dalam Elong Masyarakat Bugis di Tawau Sabah. Jurnal Pengajian Melayu, 32 (1). pp. 29-48. ISSN 2735 - 1904

[img] Text
Siri’ dalam Elong masyarakat Bugis di Tawau Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (352kB) | Request a copy
[img] Text
Siri’ dalam Elong masyarakat Bugis di Tawau Sabah ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Masyarakat Bugis yang berasal dari Sulawesi telah mewarnai kepelbagaian budaya yang terdapat di Sabah. Masyarakat Bugis hidup dalam komuniti yang masih mengekalkan tradisi nenek moyang mereka meskipun terpisah jauh dari tanah leluhur mereka. Orang Bugis sangat berbangga dengan kearifan lokal yang diwarisi. Kearifan lokal tetap dipertahankan dan dijaga dengan kemas terutama oleh golongan tua. Mereka mewariskan kearifan lokal ini kepada generasi berikutnya supaya tidak luput ditelan oleh arus kemodenan. Siri’ adalah antara warisan yang masih dipertahankan kerana merupakan harga diri dan maruah yang menjadi tatanan cara hidup mereka. Kajian ini merungkai nilai siri’ yang terkandung dalam elong Bugis dengan menggunakan Pendekatan Hermeneutik Paul Ricoeur. Elong atau kata-kata diperoleh melalui kajian lapangan dengan menemu bual beberapa orang informan Bugis berumur lebih 50 tahun di sekitar daerah Tawau. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa tema yang digambarkan dalam elong Bugis seperti mencari rezeki, kepentingan menuntut ilmu, menjaga budi pekerti, menjaga harga diri, dan memberi kemaafan. Penelitian terhadap elong membuktikan bahawa elong yang diungkapkan orang Bugis memiliki nilai siri’ untuk memandu masyarakat Bugis untuk hidup bermasyarakat.

Item Type: Article
Keyword: Siri , Elong , Masyarakat Bugis , Hermeneutik Paul Ricoeur , Tawau
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 05 Jul 2021 17:00
Last Modified: 11 Jul 2021 16:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27609

Actions (login required)

View Item View Item