Abang Mohd. Razif Abang Muis and Syamsul Azizul Marinsah and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Abdul Hair Beddu Asis (2019) Konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan berteraskan Islam. In: Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik (PERSEP) 2019, 24 - 25 October 2019, INTAN Kampus Sabah.
Text
Konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan berteraskan Islam.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
|
Text
Konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan berteraskan Islam _ABSTRACT.pdf Download (57kB) |
Abstract
Latihan dalam konteks pengurusan moden meletakkan elemen sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Kebanyakan institusi mengutamakan latihan yang berupaya memberikan manfaat kepada institusi, lebih-lebih lagi jika manfaat latihan itu dapat dilihat dan dirasai dengan cepatnya seperti kesan latihan terhadap produktiviti, hasil jualan, hasil pengeluaran dan sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan bahawa pelaburan dalam bidang latihan dibuat berdasarkan keperluan sesebuah institusi. Oleh demikian, latihan perlu dilihat daripada perspektif yang lebih holistik khususnya bagi institusi Islam yang seharusnya meletakkan keutamaan pada pembangunan insan para pekerjanya. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti latihan dari perspektif tasawur Islam dan seterusnya menganalisis konsep latihan sebagai strategi pembangunan insan berteraskan Islam iaitu melalui perspektif acuan, prinsip dan matlamatnya. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian dokumen dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa konsep latihan mempunyai potensi yang sangat baik untuk diaplikasikan sebagai salah satu strategi pembangunan insan dan perlu dibentuk daripada acuan, prinsip dan matlamat yang berteraskan tasawur Islam.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keyword: | Latihan , Strategi , Pembangunan insan , Tasawur Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 04 Aug 2022 07:13 |
Last Modified: | 04 Aug 2022 07:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/28963 |
Actions (login required)
View Item |