Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Ibnor Azli Ibrahim and Noor Afiqah Athirah Hajimin (2019) Penghijrahan manusia dari perspektif Islam. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 6. pp. 28-42. ISSN 2289-7909
Text
Penghijrahan manusia dari perspektif Islam.pdf Restricted to Registered users only Download (639kB) |
|
Text
Penghijrahan manusia dari perspektif Islam _ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
Abstract
Penghijrahan manusia hakikatnya telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Penghijrahan dalam Islam bukan sahaja berbentuk lahiriah iaitu perpindahan fizikal dari satu negara ke negara yang lain, namun disertai dengan perpindahan batiniah iaitu dilakukan kerana Allah SWT dan rasul-Nya serta beralih daripada sifat-sifat tercela kepada sifat-sifat terpuji. Seiring dengan peredaran zaman, bentuk dan matlamat penghijrahan manusia turut berubah. Penghijrahan kini dominan berlaku atas faktor mempertingkatkan taraf ekonomi individu, keluarga dan negara. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan semula hukumhakam penghijrahan dari sisi pandang Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa hukum penghijrahan terbahagi kepada wajib, sunat, harus dan haram. Hukum tersebut berbeza mengikut tempat dan kondisi yang berlaku. Penghijrahan juga merupakan satu ibadah kepada Allah yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas kepada-Nya. Hukum-hukum tersebut terpakai sehingga ke hari kiamat. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan agar aktiviti penghijrahan tidak berpaksikan kepada tuntutan lahiriah semata-mata tetapi disertai dengan tuntutan batiniah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Penghijrahan manusia , Perspektif Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 26 Jul 2022 11:55 |
Last Modified: | 26 Jul 2022 11:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/28968 |
Actions (login required)
View Item |