Aplikasi Fiqh al-Ta ‘Ayush yang berorientasikan prinsip Wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Mohammad Naqib Hamdan and Mohd Anuar Ramli and Syamsul Azizul Marinsah and Rahimin Affandi Abdul Rahim and Muhd Imran Abdul Razak and Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli (2021) Aplikasi Fiqh al-Ta ‘Ayush yang berorientasikan prinsip Wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Hadhari, 13. pp. 15-35. ISSN 1985-6830 (P-ISSN) , 2550-2271 (E-ISSN)

[img] Text
Aplikasi Fiqh al-Ta ‘Ayush yang berorientasikan prinsip Wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (437kB) | Request a copy
[img] Text
Aplikasi Fiqh al-Ta ‘Ayush yang berorientasikan prinsip Wasatiyyah dalam membina keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia _ABSTRACT.pdf

Download (60kB)

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya seterusnya memberi kesan kepada pasang surut dalam interaksi dan komunikasi sosial. Saban hari timbul isu sensitif yang melibatkan dimensi agama, kaum, politik dan ekonomi. Jika tidak ditangani dengan baik, ia akan menjadi duri dalam daging yang menghambat proses perpaduan antara kaum di Malaysia. Justeru, segregasi sosial dan budaya ini perlu diharmonikan bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan penuh kedamaian. Antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah fiqh al ta‘ayush (co-existence) antara kaum dan agama yang berpaksikan prinsip kesederhanaan yang pernah dipraktikkan pada zaman Nabi SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Sehubungan itu, kajian kualitatif ini membincangkan tentang konsep fiqh al-ta‘ayush yang berorientasikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) yang menjadi teras dalam menangani isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan aplikasi fiqh ta‘ayush yang melibatkan penyertaan aktif semua pihak di Malaysia, diharapkan Islam sebagai agama rahmatan lil ‘alamin dapat direalisasikan bagi menjamin keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Hubungan sosial , Komunikasi multikultural , Isu sensitif , Toleransi , Fiqh al-Ta'ayush
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 25 Jul 2022 08:46
Last Modified: 25 Jul 2022 08:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29032

Actions (login required)

View Item View Item