Rahimin Affandi Abd Rahim and Syamsul Azizul Marinsah and Ahmad Farid Abd Jalal (2022) Konsep jihad ulama Melayu-Islam dalam Kitab Jawi terpilih: satu analisis. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 33. pp. 27-51. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)
Text
Konsep jihad ulama Melayu-Islam dalam kitab jawi terpilih_ satu analisis.pdf Restricted to Registered users only Download (631kB) |
|
Text
Konsep jihad ulama Melayu-Islam dalam kitab jawi terpilih_ satu analisis _ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
Abstract
Sejarah Malaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan oleh pelbagai pihak dan gerakan. Namun begitu, perjuangan golongan ulama dalam membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan kurang didedahkan. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis konsep jihad ulama Melayu-Islam yang terkandung dalam kitab Jawi terpilih. Hal ini perlu bagi membuktikan peranan ulama Melayu Islam dalam menyemarakkan semangat nasionalisme seperti yang terkandung dalam fakta sejarah karya-karya kitab Jawi tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, peranan ulama Melayu-Islam dalam kebangkitan menentang penjajah terbukti, khususnya Ashab Jawi. Fakta sejarah dalam kitab Jawi yang dipilih membuktikan hal ini walaupun peranan mereka sering ditenggelamkan oleh paparan sejarah tajaan British. Mereka menonjolkan tokoh feudal Melayu sebagai pejuang kemerdekaan terawal. Pandangan palsu ini wajib diperbetulkan demi menimbulkan kebenaran dan menunjukkan dimensi jihad ulama Melayu bercirikan semangat keagamaan dan nasionalisme.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Jihad , Ulama Melayu , Kitab Jawi , Ashab Jawi , Tanah Melayu |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 26 Jul 2022 08:10 |
Last Modified: | 26 Jul 2022 08:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29095 |
Actions (login required)
View Item |