Syamsul Azizul Marinsah and Mohammad Naqib Hamdan and Mohd Farhan Md Ariffin and Mohd Anuar Ramli (2016) Amalan tradisi masyarakat Bajau di Semporna Sabah: kajian menurut hukum Islam. Perspektif: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8. pp. 135-149. ISSN 1985-496X (P-ISSN) , 2462-2435 (E-ISSN)
Text
Amalan tradisi masyarakat Bajau di Semporna Sabah_ kajian menurut hukum Islam (2).pdf Restricted to Registered users only Download (454kB) | Request a copy |
|
Text
Amalan tradisi masyarakat Bajau di Semporna Sabah_ kajian menurut hukum Islam_ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
Abstract
Adat dan `urf merupakan salah satu elemen budaya universal yang dimiliki oleh semua masyarakat di dunia. Etnik Bajau merupakan kaum bumiputera kedua terbesar di Sabah. Majoriti mereka beragama Islam dan mengamalkan adat resam dan ‘urf mereka sendiri. Penerimaan Islam telah menyebabkan beberapa asimilasi antara tradisi Bajau dan ajaran Islam yang kemudiannya membawa kepada sinkretisme. Akibatnya, beberapa amalan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam walaupun, amalan ini sebenarnya diwarisi daripada nenek moyang mereka yang tidak berkaitan dengan peraturan Islam yang terdapat dalam al-Quran dan tradisi kenabian. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis sama ada adat dan ‘urf Bajau selaras dengan ajaran Islam. Kajian ini memfokuskan kepada amalan kepercayaan mereka. Ini adalah kajian kualitatif yang mengamalkan pemerhatian, temu bual dan analisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan sinkretisme berlaku dalam kalangan masyarakat Bajau. Justeru, artikel ini akan menyingkap kedudukan amalan yang sering dianggap ibadah oleh masyarakat setempat agar garis pemisah yang jelas dapat digalurkan antara amalan yang selari dengan Syariat Islam dan yang bertentangan dengannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Amalan tradisi , Sinkretisme , Bajau , Syariat Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 25 Jul 2022 08:39 |
Last Modified: | 25 Jul 2022 08:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29116 |
Actions (login required)
View Item |