Hubungan antara pelaksanaan bekerja daripada rumah dan prestasi kerja semasa pandemik covid-19 dalam kalangan pekerja di KPDNHEP Kota Kinabalu, Sabah

Nur Hanisah Jamil (2022) Hubungan antara pelaksanaan bekerja daripada rumah dan prestasi kerja semasa pandemik covid-19 dalam kalangan pekerja di KPDNHEP Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (491kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pelaksanaan bekerja daripada rumah dan prestasi kerja semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kota Kinabalu, Sabah. Pandemik COVID-19 telah mengubah setiap aspek seluruh kerja dan kehidupan. Sebagai tindak balas kepada pembendungan nasional dan tempatan dasar, syarikat, organisasi dan institusi menggalakkan mereka pekerja untuk bekerja dari jauh di rumah untuk kekal selamat. Dalam kajian ini pengkaji telah mengemukakan beberapa objektif, yang pertama mengenalpasti pelaksanaan bekerja daripada rumah semasa pandemik Covid- 19. Kedua adalah mengukur prestasi kerja yang ditunjukkan dalam kalangan pekerja. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 75 orang responden. Borang soal selidik juga telah diedarkan melalui pautan Google Form melalui media sosial. Data yang diperolehi melalui soal selidik ini telah dianalisis menggunakan SPSS versi 28. Berdasarkan kepada analisis deskriptif, pelaksanaan bekerja daripada rumah semasa pandemik Covid-19 adalah pada tahap yang sederhana, manakala prestasi kerja yang ditunjukkan semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja adalah pada tahap yang tinggi. Selain itu, analisis regresi mudah menunjukkan bahawa pelaksanaan bekerja daripada rumah mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja. Ini menunjukkan hubungan yang positif di antara bekerja daripada rumah dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja. Oleh itu, hipotesis alternatif adalah diterima yang mana wujud hubungan antara pelaksanaan bekerja daripada rumah dan prestasi kerja yang ditunjukkan semasa pandemik Covid-19 dalam kalangan pekerja di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kota Kinabalu, Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pelaksanan bekerja daripada rumah , Prestasi kerja , KPDNHEP , PandemikCovid-19
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:40
Last Modified: 05 Apr 2023 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29497

Actions (login required)

View Item View Item