Faktor penyebab berlakunya gangguan kesejahteraan mental pekerja perkeranian di OSK Property Holdings Berhad ketika berhadapan dengan fenomena covid-19

Nur Qamieliea Najwa Sharudin (2022) Faktor penyebab berlakunya gangguan kesejahteraan mental pekerja perkeranian di OSK Property Holdings Berhad ketika berhadapan dengan fenomena covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (232kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Berdasarkan Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia 2018, selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dari semasa ke semasa dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun seterusnya. Gangguan kesihatan mental pekerja ini telah dialami oleh pekerja-pekerja di seluruh Malaysia terutama sekali dalam musim pandemik Covid-19. Hal ini dikatakan demikian kerana pekerja terpaksa berhadap dengan norma baharu dalam musim pandemik Covid-19 ini. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor berlakunya gangguan kesejahteraan mental dan juga kesan akibat daripada gangguan tersebut. Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan adalah kualitatif. Pengkaji telah menemubual 5 orang informan yang bekerja sebagai kerani di OSK Property Holdings Berhad. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan Covid-19 ini. Faktor ini wujud atas faktor individu atau organisasi itu sendiri. Hasil kajian juga mendapat bahawa terdapat kesan akibat daripada gangguan kesejahteraan mental dalam kalangan pekerja di OSK Property Holdings Berhad. Kesan ini berlaku rentetan daripada faktor berlakunya gangguan kesejahteraan mental tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kesihatan , Mental , Pekerja
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 11:08
Last Modified: 05 Apr 2023 11:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29598

Actions (login required)

View Item View Item